Thursday 21 December 2017

Sulaman Logo

Entri 45

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bersua semula. Sudah lama Achik Niza tak menulis. Agak sibuk menghabiskan masa dengan keluarga di kampung. Lupakan seketika segala gadjet agar dapat luangkan masa berkualiti dengan emak dan adik beradik di kampung.

  Kali ni Achik Niza nak cerita tentang sulaman logo yang Achik Niza buat. Atas sebab nak tolong pelanggan yang terdesak nak guna sulaman logo  baju koperat, Achik Niza bertungkus lumus menyiapkan tempahanan dalam sehari sahaja. Alhamdulillah, pelanggan sendiri membawa design logo yang telahpun ditukarkankepada format sulaman. Jadi tugas Achik Niza ialah hanya untuk sulam pada baju.
           Sulaman logo dibuat pada bahagian depan baju. Disebelah kanan dibuat sulaman logo 1 Malaysia serta nama. Bahagian ini memerlukan Achik Niza berhati-hati semasa menukar nama supapa tidak tersilap saiz baju yang sepatutnya.
          Sebelah kiri baju pula disulam logo JKKK Dusun Hulu. Bahagian ini agak senang kerana sekali sehaja setting yang perlu dibuat. Alhamdulillah dengan izin Allah semua sulaam berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Syukur sangat.






         Jika ada para pembaca yang nak tahu lebih lanjut tentang sulaman, bolehlah Achik Niza bantu setakat apa yang Achik Niza tahu dan pernah lalui. 
        




     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

Friday 1 December 2017

Ulasan kelas ABDR

Entri 44

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulilah dengan izin Allah akhirnya Achik Niza berjaya ke entri yang ke-44 iaitu entri terakhir dalam kelas penulisan blog di bawah bimbingan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


        Achik Niza  ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Masayu Ahmad selaku guru bimbingan penulisan asas blog ini. Semasa melayari inernet dan mencari maklumat tentang bekerja di rumah, Achik Niza terjumpa dengan ABDR. Achik Niza terus mendaftar untuk menyertai kelas penulisan blog sebaggai salah satu persediaan untuk bekerja di rumah seperti yang diimpikan.


      Kelas bimbingan ini sangat bagus kerana ia dijalankan secara atas talian.  Ahli kumpulan diserap ke dalam grup facebook dan kumpulan kecil whatsapp untuk dibimbing. Puan Masayu sentiasa memberi bimbingan dan dorongan supaya menyiapkan 44 entri dalam tempoh yang ditetapkan. Berlaku komunikasi dua hala dan semua persoalan dijawab dengan cepat dan jelas.


        Apabila berada di dalam grup whatsapp, Achik Niza juga boleh mengambil pengajaran daripada penyelesaian permasalahan ahli kumpulan yang lain. Malah, ahli kumpulan sentiasa memberi galakan antara satu sama lain.

         Puan Masayu juga sentiasa menyemak tugasan yang dihantar. Teguran akan diberi jika terdapat sebarang kesilapan. Dalam kelas ini juga diajar teknik penulisan untuk menaikkan nama kita dalam enjin carian di internet. Alhamdulillah, semalam Achik Niza telahpun menyiapkan tempahan sulaman logo pada baju koperat . Pelanggan mendapat maklumat tentang sulaman Achik Niza daripada internet. 

        Sebagai kesmpulan, Achik Niza sangat berpuashati dengan kelas ini. Semoga Puan Masayu dan pasukan ADBR beliau terus dapat membantu ramai insan yang teringin untuk bekerja dari rumah.

     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509













       

Monday 27 November 2017

Walking Foot


Entri 43

Teks ;:Aniza Ismail
Foto :Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


           Apa khabar semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Sekarang Pantai Timur sudah mula banjir. Sebelah Ipoh ni pun sentiasa hujan. Semoga kita terselamat dari bencana. Amiinn.

       Sambil menyiapkan tempahan sejadah mini, Achik Niza nak bercerita serba ringkas tentang tapak khas yang Achik Niza guna. Oleh sebab sejadah mini ini ada lapisan span atau fiber disebelah dalam, kain  sejadah menjadi agak tebal.


         Untuk melicinkan pergerakan kain sejadah  semasa menjahit, Achik Niza gunakan 'walking foot'. Kain sejadah akan didorong ke belakang dan hasilnya kain sejadah tidak berkedut pada bahagian jahitan. Masih boleh jahit menggunakan tapak  biasa, cuma pergerakan kain sejadah agak tidak lancar kerana terganggu dengan ketebalan sejadah tersebut.
         


          Tapak ini Achik Niza dapat dalam pakej pembelian mesin model Janome 2059. Jika berminat dengan tapak ini, bolehlah tanya kedai alatan jahitan atau beli secara atas talian di kedai NHZ Sewing Suppliers.


        Hasil kerja ita akan menjadi cantik dan kemas dengan menggunakan alatan yang betul. jangan takut untuk mengeluarkan sedikit duit bagi membeli peralatan yang perlu. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan dan mendatagnkan pulangan yang lumayan. InsyaAllah.

         Sekian dulu buat kali ini. Semoga penulisan kali ini memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.


     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509




Sunday 26 November 2017

Pembekal Barangan Jahitan


Entri 42

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


         Bersua kembali hari ini. Pagi ini Achik Niza terfikir nak berkongsi tentang pembekal barang jahitan atas talian yang Achik Niza tahu dan pernah berurusan dengan mereka. Servis mereka cekap dan barangan cepat sampai setelah bayaran dibuat. 


         Achik Niza membeli secara atas talian kerana kadang-kadang ada barang jahitan yang tiada di kawasan tempat tinggal atau susah didapati di kedai-kedai di sini. 

         Tambahan pula Achik Niza tak begitu rajin nak ke pekan lama Ipoh sebab jarak dari rumah ke pekan agak jauh dan terapksa menempuh banyak lampu isyarat dan kesesakan jalan raya.



         Di bawah ini adalah antara pembekal barangan jahitan yang pernak Achik Niza berurusan dengan mereka. Sila klik pada pautan dibawah untuk dibawa ke pembekal barang jahitan tersebut :

  1. D'Lareez Shoppe 
  2. NHZ Sewing Supplies
  3. Ab Maz Designs Sdn.Bhd
  4. Alat-alat Jahitan Kim Lai
  5. LSN Sewing Machines

        Terdapat banyak lagi pembekal alat jahit atas talian selaian daripada yang tersenarai di atas. Para pembaca bolehlah membuat carian di Google. Pada pendapat Achik Niza, memandangkan kos pos ditanggung oleh kita sebagai pembeli, jadi rancanglah pembelian supaya tidak rugi. Membeli hanya satu alat jahit yang kecil dengan kos pos yang setara  untuk berat  1/2 kg adalah agak merugikan. Perancangan adalah perlu supaya kita tidak menanggung kerugian.


         Sekian dulu buat kali ini. Selamat membeli-belah di atas talian. Semoga bertemu dengan barang yang dicari selama ini.

     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509





Sulaman Pencil Topper


Entri 41

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Syukur Alhamdulillah kerana diberi kekuatan pada saat ini untuk terus menulis d sini. Cuti sekolah sudah pun bermula. Achik Niza bagi tempoh beberapa  hari saja untuk anak-anak berhari raya. Aktiviti harian mesti berjadual dan terkawal tapi tidaklah sampai mengongkong anak-anak, agar mereka  menggunakan masa dengan lebih berfaedah.

          Achik Niza sempat melayan kehendak anak bongsu untuk sulamkan beberapa pencil topper. Asalnya, nak disiapkan sulaman sebelum cuti sekolah untuk diberi kepada kawan-kawannya, tapi masa begitu terhad. Tak sempat untuk tahun ini. 

          Design pensil topper tu Achik Niza dapat secara percuma daripada grup facebook nv950 free design. Achik Niza kurang pasti siapakah yang menjemput Achik Niza ke grup tersebut. Terima kasih kepada beliau sekiranya beliau membaca tulisan ini.


          Achik Niza hanya sulam 3 jenis gambar dulu. Achik Niza ada membuat sedikit ubahsuai supaya sulaman tidak secara 'full stich' bagi mengurangkan bilangan mata jahitan dan tempoh masa menyiapkan jahitan.


          Achik Niza menggunakan kain felt dibahagian depan dan belakang. Dibahagian dalam pula  dilapik dengan kertas penstabil yang nipis sahaja kerana kain felt itu sendiri sudahpun stabil.


          Seronok sangat bila tengok anak Achik Niza teruja dangan hasil sulaman sendiri. Semoga ada antara anak-anak Achik Niza mewarisi minat Achik Niza ni. Amiin.

          Cukup dulu samapi di sini. Jumpa lagi di lain bicara.




     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

          

Thursday 23 November 2017

Tempat Simpan Benang


Entri 40

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Selamat bersua kembali. Semoga sentiasa ceria dan bersemangat dalam menjalani rutin harian. Kali ini Achik Niza nak kongsi salah satu cara Achik Niza menyusun benang jahitan biasa dan benang sulam.


        Kalau benang berterabur, mood menjahit menjadi kurang sikit. Nak mencari benang pun akan memakan masa. Jadi biarlah kerja kita teratur dan sistematik supaya hasilnya berkualiti.






          Cuba bandingkan dua gambar di atas. Kalau mata sedap memandang, hatipun terasa tenang, seronok dan aura positif akan hadir. Jadi, untuk menyusun benang jahit seperti dalam gambar yang pertama tu, para pembaca hanya perlu menyediakan bahan-bahan berikut:
  1. Bekas untuk menyimpan. Achik Niza beli bekas hijau tu di kedai Eco. Harga RM2 lebih.
  2. Polisterin
  3. Pisau atau 'cutter'
  4. Gam UHU

          Cara-cara membuatnya:
  1. Ukur panjang dan lebar tapak bekas. 
  2. Kemudian lukiskan bentuk tapak bekas dengan ukuran yang sama pada polisterin
  3. Potong polisterin tersebut.
  4. Lukiskan jarak 1 inci memanjang dan melintang pada polisterin.
  5. Potong lidi satay kepada dua bahagian yang sama panjang.
  6. Letakkan gam UHU pada salah satu hujung lidi satay. Hujung lidi satay yang bergam itu dicucuk pada titik persilangan garis yang dilukis tadi. Boleh lihat gambar supaya lebih faham.



          Akhir sekali, masukkan polisterin yang sudah dicucuk lidi ke dalam bekas dan susun semua benang. Mana-mana benang yang telah kecil saiznya bolehlah diselit antara benang-benang yang lain.


         Boleh juga kalau dimasukkan dulu polisterin ke dalam bekas, Kemudian, barulah dicucuk lidi satay. Hasilnya tetap sama..

         Selamat mencuba. Kalau dah cuba barulah lebih faham. Sampai sini dulu tutorial kali ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509














Projek 2018

Entri 39

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

            Alhamdulillah, masih dipanjang umur kita hingga ke saat ini. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang tak terhintung ini. 


          Esok hari terakhir sesi persekolahan 2017. Dua orang anak Achik Niza yang tinggal di arama akan balik esok. Riuh sikit rumah mulai esok. Maklumlah dah mula cuti sekolah.

          Achik Niza tak cuti. Makin ligat menjahit kalau waktu cuti sekolah. Projek 2018 pun dah masuk. Antara yang berada dalam senarai tertinggi ialah baju sekolah dan tudung sekolah anak-anak,  tanda nama untuk sekolah, tadika dan orang perseorangan , beg guru, kotak pensil guru dan pelajar serta  pembalut buku rekod mengajar guru . Tempahan memang dah berderat menunggu giliran.

          Dua hari lepas Achik Niza sempat ke Jakel Ipoh untuk meninjau harga dan kain-kain cotton. Sempatlah Achik Niza membeli beberapa meter kain yang berkenan dihati.

         Semua tu kain cotton. Ada Japanese cotton, silky cotton dan printed English cotton. Kain cotton ini perlu digamkan dengan cotton stabilzer. Biasanya Achik Niza guna kod 5550 atau 5555. InsyaAllah hasilnya cantik dan tegap.


          Semoga segala perancangan berlajaln dengan lancar. Aminn. Cukuplah dulu buat kali ni. Jumpa lain dilain waktu.




Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Wednesday 22 November 2017

Membuat Pola Tudung Sekolah



Entri 38

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Terima kasih kerana singgah pada entri ini. Agaknya ada diantara para pembaca yang baru sahaja berkira-kira hendak mencuba menjahit tudung sekolah anak.

          Achik Niza mahu berkongsi salah satu cara untuk membuat pola tudung sarung untuk anak-anak kita. Caranya ialah:




1. Cari tudung kesangan anak kita.  

2. Tekap tudung  tersebut atas kertas minyak atau kertas suratkhabar. Sila rujuk gambar di atas.

3. Buat basi 1/2 inci untuk bahagian muka,  depan (bawah dagu) dan bahagian bawah keliling tubung. Bahagian tudung di kepala tidak perlu basi jahitan.

4. Untuk awning, boleh tetas tudung lama yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian, tekap awning atas kertas juga. Awning sudah termasuk basi jahitan. Tekap dan siap.

       
InsyaAllah menjadi tudung tu. Yang penting ialah perlu ada keberanian untuk mencuba lagi dan lagi dan lagi sampai berjaya. Para pembaca boleh hubungi Achik Niza jika ada sebarang persoalan tentang cara mebuat pola tudng sekolah anak.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Potong Lurus Tanpa Pembaris

Entri 37

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bersua kembali. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah. Amiin. Kali ini Achik Niza ingin berkongsi satu cara yang Achik Niza belajar daripada ibu tercinta tentang teknik memotong kain.

          Teknik ini biasanya digunakan semasa memotong kain jenis licin, ringan dan lembik seperti kain satin, kain chiffon dan lain-lain kain seperti itu. Teknik ini Achik Niza hanya guna pada bahagian memanjang kain  (meter kain) bukannya pada bahagian kelebaran kain(bidang kan). Ini kerana bahahgian kelebaran kain, kadang-kadang ada kain yang urat benangnya tidak lurus.

Langkah-langkahnya ialah:
1. Potong sedikit bahagian kain untuk mendapatkan urat atau benang kain.


2.  Tarik benang kain sehingga kain kelihatan berkedut seperti dalam gambar di sebelah.

3. Kemudian, dengan perlahan-lahan, betulkan bahagian yang berkedut supaya hanya sedikit sahaja kedut yang tinggal. Akan kelihatan satu garis lurus pada bahagian kain yang berkedut tadi, kesan daripada benang kain yang ditarik.
 4. Potong kain mengikut mengikut garis lurus tersebut. Ulangi langkat di atas seningga habis ukuran kain yang hendak dipotong. InsyaAllah potongkan kain akan lurus.
Selamat mencuba!



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509













Sejadah Mini

Entri 36

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Alhamdulillah, saat ini ada sedikit ruang dan masa untuk Achik Niza terus membuat coretan di blog ni. Sejak sehari dua ini Achik Niza  agak sibuk dengan macam-macam aktiviti.

          Antara aktiviti yang Achik Niza buat ialah menyiapkan sejadah mini untuk jiran Achk Niza yang akan menunaikan ibadat umrah bulan depan. Sebaik sahaja selesai menyulam dan menampal lebel MALAYSIA pada telekung, terus Achik Niza sambung dengan projek sejadah mini.

          Sejadah mini kali ini ada sedikit kelainnan dqaripada sejadah mini yang sebelum ini. Kali ini Achik Niza menggunakan span 4mm yang di alas dengan kain cotton lembut untuk bahagian atas. Untuk bahagian bawah, Achik Niza menggunakan kain heavy cotton bercorak. Tujuannya ialah  supaya sejadah mini tidak licin semasa digunakan di atas lantai marble dan tidak cepat nampak kekotoran kerana kainnya yang bercorak.

          Untuk hiasan pula, Achik Niza menggunakan renda cotton setebal 3 inci yang berwarna putih dan renda chemical lace putih yang berukuran 1/2 inci. Sejadah mini ni senang dilipat dan mudah disimpan di dalam beg untuk dibawa ke mana-mana sahaja.


         Alhamdulillah, pagi ini Acik Niza mendapat tempahan 2 helai sejadah mini lagi. Rezeki Allah memang luas.  Semoga Alah memberikan Achik Niza kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki yang halal. Aminn.


          Sekian dulu coretan buat kali ini. Jumpa lagi dalam entri selepas ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...