Entri 7
Teks : Aniza Ismail
Foto: Aniza Ismail
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga para sahabat berada dalam lindungan Allah.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, dalam kesibukan tugasan rasmi dapat juga Kak Niza menyiapkan tempahan kek coklat moist daripada rakan sekerja. Terima kasih kerana sudah beberapa kali memberi kepercayaan kepada Kak Niza.
Kali ini, berat kek yang sudah siap disiram topping ialah 1.5 kg. Kak Niza manggunakan coklat urai sebagai hiasan. Kek coklat ni Kak Niza kukus kerana hasilnya lebih gebu berbanding jika dibakar. Selain itu, kek juga lebih lembab dan sangat enak. Jika para pembaca mengukus kek, elokklah tudung periuk dibalut dengan kain atau tutupkan loyang dengan plastik. Ini untuk mengelakkan wap air daripada jatuh ke atas permukaan kek. Tips yang mudah dan berguna. Cuba lah.
Selamat bereskperimen di dapur :)
Sehingga bertemu di lain entri.
.
Sekian
Sekian
No comments:
Post a Comment