Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Thursday, 23 November 2017

Tempat Simpan Benang


Entri 40

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Selamat bersua kembali. Semoga sentiasa ceria dan bersemangat dalam menjalani rutin harian. Kali ini Achik Niza nak kongsi salah satu cara Achik Niza menyusun benang jahitan biasa dan benang sulam.


        Kalau benang berterabur, mood menjahit menjadi kurang sikit. Nak mencari benang pun akan memakan masa. Jadi biarlah kerja kita teratur dan sistematik supaya hasilnya berkualiti.






          Cuba bandingkan dua gambar di atas. Kalau mata sedap memandang, hatipun terasa tenang, seronok dan aura positif akan hadir. Jadi, untuk menyusun benang jahit seperti dalam gambar yang pertama tu, para pembaca hanya perlu menyediakan bahan-bahan berikut:
  1. Bekas untuk menyimpan. Achik Niza beli bekas hijau tu di kedai Eco. Harga RM2 lebih.
  2. Polisterin
  3. Pisau atau 'cutter'
  4. Gam UHU

          Cara-cara membuatnya:
  1. Ukur panjang dan lebar tapak bekas. 
  2. Kemudian lukiskan bentuk tapak bekas dengan ukuran yang sama pada polisterin
  3. Potong polisterin tersebut.
  4. Lukiskan jarak 1 inci memanjang dan melintang pada polisterin.
  5. Potong lidi satay kepada dua bahagian yang sama panjang.
  6. Letakkan gam UHU pada salah satu hujung lidi satay. Hujung lidi satay yang bergam itu dicucuk pada titik persilangan garis yang dilukis tadi. Boleh lihat gambar supaya lebih faham.



          Akhir sekali, masukkan polisterin yang sudah dicucuk lidi ke dalam bekas dan susun semua benang. Mana-mana benang yang telah kecil saiznya bolehlah diselit antara benang-benang yang lain.


         Boleh juga kalau dimasukkan dulu polisterin ke dalam bekas, Kemudian, barulah dicucuk lidi satay. Hasilnya tetap sama..

         Selamat mencuba. Kalau dah cuba barulah lebih faham. Sampai sini dulu tutorial kali ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509














Wednesday, 22 November 2017

Membuat Pola Tudung Sekolah



Entri 38

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Terima kasih kerana singgah pada entri ini. Agaknya ada diantara para pembaca yang baru sahaja berkira-kira hendak mencuba menjahit tudung sekolah anak.

          Achik Niza mahu berkongsi salah satu cara untuk membuat pola tudung sarung untuk anak-anak kita. Caranya ialah:




1. Cari tudung kesangan anak kita.  

2. Tekap tudung  tersebut atas kertas minyak atau kertas suratkhabar. Sila rujuk gambar di atas.

3. Buat basi 1/2 inci untuk bahagian muka,  depan (bawah dagu) dan bahagian bawah keliling tubung. Bahagian tudung di kepala tidak perlu basi jahitan.

4. Untuk awning, boleh tetas tudung lama yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian, tekap awning atas kertas juga. Awning sudah termasuk basi jahitan. Tekap dan siap.

       
InsyaAllah menjadi tudung tu. Yang penting ialah perlu ada keberanian untuk mencuba lagi dan lagi dan lagi sampai berjaya. Para pembaca boleh hubungi Achik Niza jika ada sebarang persoalan tentang cara mebuat pola tudng sekolah anak.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Potong Lurus Tanpa Pembaris

Entri 37

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bersua kembali. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah. Amiin. Kali ini Achik Niza ingin berkongsi satu cara yang Achik Niza belajar daripada ibu tercinta tentang teknik memotong kain.

          Teknik ini biasanya digunakan semasa memotong kain jenis licin, ringan dan lembik seperti kain satin, kain chiffon dan lain-lain kain seperti itu. Teknik ini Achik Niza hanya guna pada bahagian memanjang kain  (meter kain) bukannya pada bahagian kelebaran kain(bidang kan). Ini kerana bahahgian kelebaran kain, kadang-kadang ada kain yang urat benangnya tidak lurus.

Langkah-langkahnya ialah:
1. Potong sedikit bahagian kain untuk mendapatkan urat atau benang kain.


2.  Tarik benang kain sehingga kain kelihatan berkedut seperti dalam gambar di sebelah.

3. Kemudian, dengan perlahan-lahan, betulkan bahagian yang berkedut supaya hanya sedikit sahaja kedut yang tinggal. Akan kelihatan satu garis lurus pada bahagian kain yang berkedut tadi, kesan daripada benang kain yang ditarik.
 4. Potong kain mengikut mengikut garis lurus tersebut. Ulangi langkat di atas seningga habis ukuran kain yang hendak dipotong. InsyaAllah potongkan kain akan lurus.
Selamat mencuba!



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509













Saturday, 18 November 2017

Salotep vs Jelujur

Entri 35

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulillah, kali ini Allah beri kesempatan kepada Achik Niza untuk membuat sedikit panduan semasa menyulam kain baldu. Masalah yang Achik Niza hadapi ialah terdapat kesan pemidang (hoop) pada kain yang agak mencacatkan kualiti hasil kerja kita.



          Ini adalah cara yang Achik Niza guna. Mungkin terdapat cara lain bagi orang lain. Caranya mudah sahaja. Sediakan bahan berikut:

1. salotep 'double sided"
2. penstabil jenis yang boleh dikoyak


Langkah-langkah:

1. Hoopkan penstabil. Tandakan garis tengah pembahahgi pemidang.



 2. Letakkan double sided tape. Nak letak banyak pun boleh ðŸ˜€

 3. Tandakan kedudukan yang dikehendaki pada kain










4. Lekatkan kain pada pemidang. Tarik kain ke kanan dan kiri supaya kain tegang semasa proses lekatkan kain pada penstabil.
Pastikan garis pada kain dan pemidang  adalah pada kedudukan yang sama. Rujuk anak panah biru







 5. Kedudukan corak pada skrin mesin sulam.

 6. Proses menyulam selesai.

7. Dengan hati-hati, tarik keluar kain.

Siap.










        Tiada lagi kesan pemidang pada kain baldu. Hasil kerja lebih baik dan halud.


       Sekian tutorial buat kali ini. Semoga bemanfaat.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509


Thursday, 16 November 2017

Kayu Pemberat Kain

Entri 32

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulillah dapat kita bersua dalam entri tutorial membuat pemberat kain. Pemberat kain ni selalunya Achik Niza guna semasa proses memotong lain yang tidak licin. 

        Selain daripada dapat menahan kain daripada bergerak semasa proses memotong, dapai juga menjimatkan masa dan tenaga semasa proses menyemat jarum peniti pada kain.

        Gambar di bawah adalah semasa proses memotong telekung dari kain jersey.

        


         Untuk membuat kayu pemberat, bahan-bahan yang diperlukan ialah 
  1. kayu
  2.  kain 
  3. stapler jenis tembak
  4. tukul atau alu lesung pun boleh

    Langkah membuatnya semudah ABC.
  1. Balut kayu dengan  kain seperti membalut kotak. Achik Niza guna kain jenis heavy cotton sebab kain tersebut tebal dan tak licin.
  2. Untuk kemasan, staple sepertimana kita menggunakan salotep semasa membalut kotak
  3. Ketuk bahagian yang telah distaple tadi supaya lebih kukuh.


         Dah pun siap dan boleh terus digunakan. Sangat mudah.
        Selamat mencuba!


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...