Showing posts with label Jahitan. Show all posts
Showing posts with label Jahitan. Show all posts

Friday, 23 March 2018

Tudung sekolah

Entri 53
Teks :Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

        Bersua kembali. Kali ni nak berkongsi sikit tentang jahitan tudung sarung atau tudung instant. Daripada tudung sarung yang asas ni boleh dibuat tudung sekolah, tudung jururawat, tudung, polis, tudung staff AEON dan lain-lain lagi. Cuma tukar warna kain aje.




         Alhamdulillah tudung sekolah ana-anak semuanya Achik Niza jahit sendiri. Kali pertama Achik Niza belajar jahit tudung dari Pusat Jahitan Epal. Bermula dari situ, Achik Niza mula jahitkan tudung sarung untuk anak-anak. Achik Niza ada juga ikuti kelas online secara bebayar atau percuma untuk meningkatkan ilmu dah kemahiran. 

         Menjahit tudung tidak serumit menjahit pakaian. hanya perlu kenal jenis-jenis kain yang sesuai untuk tudung dan awning, jenis awning dan teknik cantuman. Semakin banyak kita menjahit tudung, smaking bertambah kemahiran dan ilmu. Belajar dari kesilapan sendiri.

        Tapak mesin juga harus sesuai dengan jenis kain yang digunakan untuk dapatkan hasil jahitan yang kemas dan cantik. Tapak teflon sesuai untuk kain jenis memeri seperti lycra dan jersi. Dalam gambar kat atas tu, Achik Niza guna tapak teflon berwarma merah. Laju je mesin berjalan.

         Akhir kalam, jangan takut untuk mencuba. Pengalaman adalah guru terbaik buat kita.

Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

         

Monday, 27 November 2017

Walking Foot


Entri 43

Teks ;:Aniza Ismail
Foto :Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


           Apa khabar semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Sekarang Pantai Timur sudah mula banjir. Sebelah Ipoh ni pun sentiasa hujan. Semoga kita terselamat dari bencana. Amiinn.

       Sambil menyiapkan tempahan sejadah mini, Achik Niza nak bercerita serba ringkas tentang tapak khas yang Achik Niza guna. Oleh sebab sejadah mini ini ada lapisan span atau fiber disebelah dalam, kain  sejadah menjadi agak tebal.


         Untuk melicinkan pergerakan kain sejadah  semasa menjahit, Achik Niza gunakan 'walking foot'. Kain sejadah akan didorong ke belakang dan hasilnya kain sejadah tidak berkedut pada bahagian jahitan. Masih boleh jahit menggunakan tapak  biasa, cuma pergerakan kain sejadah agak tidak lancar kerana terganggu dengan ketebalan sejadah tersebut.
         


          Tapak ini Achik Niza dapat dalam pakej pembelian mesin model Janome 2059. Jika berminat dengan tapak ini, bolehlah tanya kedai alatan jahitan atau beli secara atas talian di kedai NHZ Sewing Suppliers.


        Hasil kerja ita akan menjadi cantik dan kemas dengan menggunakan alatan yang betul. jangan takut untuk mengeluarkan sedikit duit bagi membeli peralatan yang perlu. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan dan mendatagnkan pulangan yang lumayan. InsyaAllah.

         Sekian dulu buat kali ini. Semoga penulisan kali ini memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.


     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509




Thursday, 23 November 2017

Projek 2018

Entri 39

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

            Alhamdulillah, masih dipanjang umur kita hingga ke saat ini. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang tak terhintung ini. 


          Esok hari terakhir sesi persekolahan 2017. Dua orang anak Achik Niza yang tinggal di arama akan balik esok. Riuh sikit rumah mulai esok. Maklumlah dah mula cuti sekolah.

          Achik Niza tak cuti. Makin ligat menjahit kalau waktu cuti sekolah. Projek 2018 pun dah masuk. Antara yang berada dalam senarai tertinggi ialah baju sekolah dan tudung sekolah anak-anak,  tanda nama untuk sekolah, tadika dan orang perseorangan , beg guru, kotak pensil guru dan pelajar serta  pembalut buku rekod mengajar guru . Tempahan memang dah berderat menunggu giliran.

          Dua hari lepas Achik Niza sempat ke Jakel Ipoh untuk meninjau harga dan kain-kain cotton. Sempatlah Achik Niza membeli beberapa meter kain yang berkenan dihati.

         Semua tu kain cotton. Ada Japanese cotton, silky cotton dan printed English cotton. Kain cotton ini perlu digamkan dengan cotton stabilzer. Biasanya Achik Niza guna kod 5550 atau 5555. InsyaAllah hasilnya cantik dan tegap.


          Semoga segala perancangan berlajaln dengan lancar. Aminn. Cukuplah dulu buat kali ni. Jumpa lain dilain waktu.




Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Wednesday, 22 November 2017

Sejadah Mini

Entri 36

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Alhamdulillah, saat ini ada sedikit ruang dan masa untuk Achik Niza terus membuat coretan di blog ni. Sejak sehari dua ini Achik Niza  agak sibuk dengan macam-macam aktiviti.

          Antara aktiviti yang Achik Niza buat ialah menyiapkan sejadah mini untuk jiran Achk Niza yang akan menunaikan ibadat umrah bulan depan. Sebaik sahaja selesai menyulam dan menampal lebel MALAYSIA pada telekung, terus Achik Niza sambung dengan projek sejadah mini.

          Sejadah mini kali ini ada sedikit kelainnan dqaripada sejadah mini yang sebelum ini. Kali ini Achik Niza menggunakan span 4mm yang di alas dengan kain cotton lembut untuk bahagian atas. Untuk bahagian bawah, Achik Niza menggunakan kain heavy cotton bercorak. Tujuannya ialah  supaya sejadah mini tidak licin semasa digunakan di atas lantai marble dan tidak cepat nampak kekotoran kerana kainnya yang bercorak.

          Untuk hiasan pula, Achik Niza menggunakan renda cotton setebal 3 inci yang berwarna putih dan renda chemical lace putih yang berukuran 1/2 inci. Sejadah mini ni senang dilipat dan mudah disimpan di dalam beg untuk dibawa ke mana-mana sahaja.


         Alhamdulillah, pagi ini Acik Niza mendapat tempahan 2 helai sejadah mini lagi. Rezeki Allah memang luas.  Semoga Alah memberikan Achik Niza kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki yang halal. Aminn.


          Sekian dulu coretan buat kali ini. Jumpa lagi dalam entri selepas ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509





Friday, 17 November 2017

Label MALAYSIA

Entri 34

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
          Musim haji sudahpun berlalu. Sekarang umat Islam mula untuk menunaikan ibadah umrah. Pagi tadi Achik Niza didatangi seorang jiran yang rapat dengan Achik Niza.


         Beliau akan menunaikan ibadah umrah pada bulan Disember ini. Jadi kedatangan beliau adalah untuk meminta tolong Achik Niza lekatkan label MALAYSIA pada dua helai telekung beliau. 
    
          Label yang dibawa oleh beliau  ialah label yang dicop pada kain putih. Achik Niza. Setelah Achik Niza tunjukkan label yang disulam, beliau tertarik hati dengan label jenis sulam. Para pembaca boleh lihat perbezaan antara dua jenis label tu. Label yang teratas ialah label jenis cop manakala dua label lagi ialah label yang Achik  Niza sulam. Tetapi Achik Niza perlu besarkan saiz label sulaman atas permintaan beliau.

          Achik Niza memang akan sedaya upaya memenuhi permintaan para pelanggan. Kami akan berbincang bagi mendapat keputusan yang terbaik. Pelanggan puashati, Achik Niza gembira. Barulah rezeki yang diterima terasa lebih bersih dan berkat.

        Sekian dulu kisah kali ini. Semoga Allah pemudahkan urusan kita semua.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Jahit Beg

Entri 33

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Achik Niza hendak kongsi cerita tentang salah satu daripada cabang jenis jahitan. Bidang jahitan ni sangat luas. Ada jahitan pakaian dan jahitan kreatif. 

         Jahitan pakaian pula ada pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, uniform, pakaian tradisional, pakaian kasual dan banyak cabang lain.

         Achik Niza kurang berminat dalam bidang pembuatan pakaian. Achik Niza lebih cenderung kepada jahitan kreatif. Salah satunya ialah jahitan beg. Biasanya Achik Niza mendapat tempahan beg daripada para guru untuk di bawa ke sekolah. Ada juga tempahan beg untuk di letakkan telekung, al-Quran dan beg tuisyen anak-anak.


         Achik Niza menggunakan kain heavy cotton dan kain denim seperti dalam gambar di bawah  kerana kain tersebut lebih tebal dan tahan lasak. Biasanya kain denim akan dihiasi dengan sulaman untuk menambahkan lagi seri beg tersebut



         Beg yang dijahit mempunyai zip di bahagian atas dan berpoket di bahagian dalam bagi untuk diletakkan barangan kecil seperti kunci dan telefon bimbit.

         Zip yang digunakan ialah zip yang tahan lasak berbeza dengan zip yang digunakan pada pakaian. Achik Niza panggil zip tu dengan nama zip potong atau zip meter sebab zip boleh dibeli mengikut panjang yang kita mahu.

         Jarum mesin juga ditukar kepada jatum nombor 14 semasa menjahit kaujcdenim. Benang pula Achik Niza hanya guna benang biasa sama dengan benang untuk menjahit pakaian. Boleh juga digunakan benang yang lebih tebal.

         Tempahan 2018 sudah pun ada. Cuti sekolah ni ada lebih banyak masa untuk menjahit sebab tak perlu lagi ulang-alik menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

        Jangan takut untuk cuba menjahit. Belajar dari kesilapan. Lama kelamaan kita menjadi mahir dan hasil jahitan semakin kemas.

       Selamat menjahit!



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Wednesday, 15 November 2017

Jahit Baju Kurung Sekolah

Entri 31

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Bertemu kembali hari ini. Achik niza percaya ramai orang yang berminat dengan bidang jahitan dan  teringin nak menjahit tetapi tidak berkesempatan untuk belajar menjahit, sibuk dengan tugasan rasmi atau kurang keyakinan diri.


        Langkah pertama ialah ada keinginan. Jika sudah ada keinginan, insyaAllah ada jalan keluar. Mungkin cuti sekolah ini boleh mulakan dengan menjahit baju kurung anak. 

          Jika kita buat bedah siasat terhadap baju kurung, didapati semuanya ialah jahitan lurus kecuali hanya pada leher. Seolah-olah jika tahu jahit lurus maka bolehlah jahit baju kurung. Apa kata kalau buat leher bentuk petak pulak ...boleh tak agaknya.


        Di zaman sains dan teknologi ni, terdapat banyak tutorial secara bergambar atau video di internet tentang cara-cara menjahit baju kurung untuk dijadikan sebagai rujukan.


         Di samping itu, ada juga kelas-kelas menjahit secara online yang dibuat melalui aplikasi whatsapp. telegram dan facebook. Kaedah ini sangat membantu para pembaca yang mempunyai masalah untuk hadir ke kelas jahitan.

         Achik Niza cadangkan sebaik sahaja habis baca entri ni, teruslah buat carian di google tentang kelas jahitan secara online. 

        Selamat menjahit dan menambah ilmu. Semoga berjaya!


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

          

    

          
          
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...