Wednesday, 22 November 2017

Sejadah Mini

Entri 36

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Alhamdulillah, saat ini ada sedikit ruang dan masa untuk Achik Niza terus membuat coretan di blog ni. Sejak sehari dua ini Achik Niza  agak sibuk dengan macam-macam aktiviti.

          Antara aktiviti yang Achik Niza buat ialah menyiapkan sejadah mini untuk jiran Achk Niza yang akan menunaikan ibadat umrah bulan depan. Sebaik sahaja selesai menyulam dan menampal lebel MALAYSIA pada telekung, terus Achik Niza sambung dengan projek sejadah mini.

          Sejadah mini kali ini ada sedikit kelainnan dqaripada sejadah mini yang sebelum ini. Kali ini Achik Niza menggunakan span 4mm yang di alas dengan kain cotton lembut untuk bahagian atas. Untuk bahagian bawah, Achik Niza menggunakan kain heavy cotton bercorak. Tujuannya ialah  supaya sejadah mini tidak licin semasa digunakan di atas lantai marble dan tidak cepat nampak kekotoran kerana kainnya yang bercorak.

          Untuk hiasan pula, Achik Niza menggunakan renda cotton setebal 3 inci yang berwarna putih dan renda chemical lace putih yang berukuran 1/2 inci. Sejadah mini ni senang dilipat dan mudah disimpan di dalam beg untuk dibawa ke mana-mana sahaja.


         Alhamdulillah, pagi ini Acik Niza mendapat tempahan 2 helai sejadah mini lagi. Rezeki Allah memang luas.  Semoga Alah memberikan Achik Niza kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki yang halal. Aminn.


          Sekian dulu coretan buat kali ini. Jumpa lagi dalam entri selepas ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509





Saturday, 18 November 2017

Salotep vs Jelujur

Entri 35

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulillah, kali ini Allah beri kesempatan kepada Achik Niza untuk membuat sedikit panduan semasa menyulam kain baldu. Masalah yang Achik Niza hadapi ialah terdapat kesan pemidang (hoop) pada kain yang agak mencacatkan kualiti hasil kerja kita.



          Ini adalah cara yang Achik Niza guna. Mungkin terdapat cara lain bagi orang lain. Caranya mudah sahaja. Sediakan bahan berikut:

1. salotep 'double sided"
2. penstabil jenis yang boleh dikoyak


Langkah-langkah:

1. Hoopkan penstabil. Tandakan garis tengah pembahahgi pemidang.



 2. Letakkan double sided tape. Nak letak banyak pun boleh ðŸ˜€

 3. Tandakan kedudukan yang dikehendaki pada kain










4. Lekatkan kain pada pemidang. Tarik kain ke kanan dan kiri supaya kain tegang semasa proses lekatkan kain pada penstabil.
Pastikan garis pada kain dan pemidang  adalah pada kedudukan yang sama. Rujuk anak panah biru







 5. Kedudukan corak pada skrin mesin sulam.

 6. Proses menyulam selesai.

7. Dengan hati-hati, tarik keluar kain.

Siap.










        Tiada lagi kesan pemidang pada kain baldu. Hasil kerja lebih baik dan halud.


       Sekian tutorial buat kali ini. Semoga bemanfaat.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509


Friday, 17 November 2017

Label MALAYSIA

Entri 34

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
          Musim haji sudahpun berlalu. Sekarang umat Islam mula untuk menunaikan ibadah umrah. Pagi tadi Achik Niza didatangi seorang jiran yang rapat dengan Achik Niza.


         Beliau akan menunaikan ibadah umrah pada bulan Disember ini. Jadi kedatangan beliau adalah untuk meminta tolong Achik Niza lekatkan label MALAYSIA pada dua helai telekung beliau. 
    
          Label yang dibawa oleh beliau  ialah label yang dicop pada kain putih. Achik Niza. Setelah Achik Niza tunjukkan label yang disulam, beliau tertarik hati dengan label jenis sulam. Para pembaca boleh lihat perbezaan antara dua jenis label tu. Label yang teratas ialah label jenis cop manakala dua label lagi ialah label yang Achik  Niza sulam. Tetapi Achik Niza perlu besarkan saiz label sulaman atas permintaan beliau.

          Achik Niza memang akan sedaya upaya memenuhi permintaan para pelanggan. Kami akan berbincang bagi mendapat keputusan yang terbaik. Pelanggan puashati, Achik Niza gembira. Barulah rezeki yang diterima terasa lebih bersih dan berkat.

        Sekian dulu kisah kali ini. Semoga Allah pemudahkan urusan kita semua.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Jahit Beg

Entri 33

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Achik Niza hendak kongsi cerita tentang salah satu daripada cabang jenis jahitan. Bidang jahitan ni sangat luas. Ada jahitan pakaian dan jahitan kreatif. 

         Jahitan pakaian pula ada pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, uniform, pakaian tradisional, pakaian kasual dan banyak cabang lain.

         Achik Niza kurang berminat dalam bidang pembuatan pakaian. Achik Niza lebih cenderung kepada jahitan kreatif. Salah satunya ialah jahitan beg. Biasanya Achik Niza mendapat tempahan beg daripada para guru untuk di bawa ke sekolah. Ada juga tempahan beg untuk di letakkan telekung, al-Quran dan beg tuisyen anak-anak.


         Achik Niza menggunakan kain heavy cotton dan kain denim seperti dalam gambar di bawah  kerana kain tersebut lebih tebal dan tahan lasak. Biasanya kain denim akan dihiasi dengan sulaman untuk menambahkan lagi seri beg tersebut



         Beg yang dijahit mempunyai zip di bahagian atas dan berpoket di bahagian dalam bagi untuk diletakkan barangan kecil seperti kunci dan telefon bimbit.

         Zip yang digunakan ialah zip yang tahan lasak berbeza dengan zip yang digunakan pada pakaian. Achik Niza panggil zip tu dengan nama zip potong atau zip meter sebab zip boleh dibeli mengikut panjang yang kita mahu.

         Jarum mesin juga ditukar kepada jatum nombor 14 semasa menjahit kaujcdenim. Benang pula Achik Niza hanya guna benang biasa sama dengan benang untuk menjahit pakaian. Boleh juga digunakan benang yang lebih tebal.

         Tempahan 2018 sudah pun ada. Cuti sekolah ni ada lebih banyak masa untuk menjahit sebab tak perlu lagi ulang-alik menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

        Jangan takut untuk cuba menjahit. Belajar dari kesilapan. Lama kelamaan kita menjadi mahir dan hasil jahitan semakin kemas.

       Selamat menjahit!



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Thursday, 16 November 2017

Kayu Pemberat Kain

Entri 32

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulillah dapat kita bersua dalam entri tutorial membuat pemberat kain. Pemberat kain ni selalunya Achik Niza guna semasa proses memotong lain yang tidak licin. 

        Selain daripada dapat menahan kain daripada bergerak semasa proses memotong, dapai juga menjimatkan masa dan tenaga semasa proses menyemat jarum peniti pada kain.

        Gambar di bawah adalah semasa proses memotong telekung dari kain jersey.

        


         Untuk membuat kayu pemberat, bahan-bahan yang diperlukan ialah 
  1. kayu
  2.  kain 
  3. stapler jenis tembak
  4. tukul atau alu lesung pun boleh

    Langkah membuatnya semudah ABC.
  1. Balut kayu dengan  kain seperti membalut kotak. Achik Niza guna kain jenis heavy cotton sebab kain tersebut tebal dan tak licin.
  2. Untuk kemasan, staple sepertimana kita menggunakan salotep semasa membalut kotak
  3. Ketuk bahagian yang telah distaple tadi supaya lebih kukuh.


         Dah pun siap dan boleh terus digunakan. Sangat mudah.
        Selamat mencuba!


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

Wednesday, 15 November 2017

Jahit Baju Kurung Sekolah

Entri 31

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Bertemu kembali hari ini. Achik niza percaya ramai orang yang berminat dengan bidang jahitan dan  teringin nak menjahit tetapi tidak berkesempatan untuk belajar menjahit, sibuk dengan tugasan rasmi atau kurang keyakinan diri.


        Langkah pertama ialah ada keinginan. Jika sudah ada keinginan, insyaAllah ada jalan keluar. Mungkin cuti sekolah ini boleh mulakan dengan menjahit baju kurung anak. 

          Jika kita buat bedah siasat terhadap baju kurung, didapati semuanya ialah jahitan lurus kecuali hanya pada leher. Seolah-olah jika tahu jahit lurus maka bolehlah jahit baju kurung. Apa kata kalau buat leher bentuk petak pulak ...boleh tak agaknya.


        Di zaman sains dan teknologi ni, terdapat banyak tutorial secara bergambar atau video di internet tentang cara-cara menjahit baju kurung untuk dijadikan sebagai rujukan.


         Di samping itu, ada juga kelas-kelas menjahit secara online yang dibuat melalui aplikasi whatsapp. telegram dan facebook. Kaedah ini sangat membantu para pembaca yang mempunyai masalah untuk hadir ke kelas jahitan.

         Achik Niza cadangkan sebaik sahaja habis baca entri ni, teruslah buat carian di google tentang kelas jahitan secara online. 

        Selamat menjahit dan menambah ilmu. Semoga berjaya!


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

          

    

          
          

Sulaman Imej Pengantin

Entri 30

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Alhamdulillah kerana dapat mencuri sedikit masa untuk coretan kali ini. Dalam kesibukan menyiapkan tempahan sulaman dan jahitan, Achik Niza kena kuatkan semangat untuk kekalkan momentum dalam penulisan blog ni.


          Cuti sekolah sering dikaitkan dengan kenduri kendara sempena majlis perkahhwinan. Bulan depan bersusunlah kad-kad jemputan majlis perkahwinan. Hari pertama cuti sekolah pun ada ada undangan yang Achik  Niza terima.


          Pernah tak rasa buntu nak cari hadiah yang cantik tapi masih di bawah budget. Achik Niza cadangkan beri hadiah hasil sulaman imej pengantin maca m gambar-gambar dalam entri ni. Boleh disulam nama pengantin serta tarikh perkahwinan mereka sebagai kenangan abadi.


          Sulaman boleh dibuat pada tuala, bantal atau kain felt untuk dibingkaikan. Suatu hadiah yang unik dan lain daripada yang lain tetapi tetap mengandungi nilai kenangan abadi dan sentimental.


          Semoga Achik Niza dapat menolong memberi idea kepada pembaca sekalian. Boleh hubungi Achik Niza jika berminat.

Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509


         
        





          


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...