Teks: Aniza Ismail
Foto: Aniza Ismail
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semoga semua rakan pembaca dipanjangkan umur dalam keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.
Alhamdulillah, kain line kuning telah siap sedia untuk diproses jadi nametag. Kain ni dibeli kat pekan lama Ipoh. Kalau ada kawan-kawan yang baru pertama kali nak jahit nametag tu bolehlah beli kain kat kedai kain Mei Hua Textile Sdn Bhd. Kedainya dekat dengan kedai emas Ng Kamarudin. Kedai ini menghadap jalan besar pekan lama.
Beli kain ni kena GST. Sila bawak duit lebih untuk GST ye. Harganya RM5 semeter dan perlu ditambah dengan GST sebanyak 6%. Sejak Kak Niza menjalankan bisnes tanda nama ni, kedai inilah yang menjadi tempat Kak Niza memborong kain line kuning tersebut. Layanan juga baik.
Kain line kuning |
Nama kain diambil sempena line kuning yang terdapat pada kiang tersebut. Para pembaca boleh nampak dengan jelas line tersebut pada foto di atas.
Cukup dulu buat kali ini kerana Kak Niza nak menyambung tugas menjahit tanda nama pelak. Jumpa lagi di lain entri.
Sekian.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment