Friday, 4 March 2016

Telekung Baru Ramadhan

Entri 16

Teks : Aniza Ismail
Foto: Aniza Ismail



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Semoga semua pembaca dipanjangkan umur dan murah rezeki.

Kali ini Kak Niza nak bercerita tentang jahitan telekung pulak. Di pasaran, memang banyak terdapat pelbagai pilihan telekung sama ada buatan Malaysia atau  luar negara. Ada yang harga mampu milik dan ada yang eksklusif. Semuanya bergantung kepada material kain, renda, kemasan jahitan dan upah jahit. Jenama juga menyumbang kepada faktor harga.


  

Menjahit sepasang telekung tidaklah serumit menjahit sepasang baju. Tidak banyak formula dan  pengiraan yang perlu dibuat. Bahagian yang sedikit mencabar ialah bahagian muka dan dagu. Namun, dengan pola dan teknik yang betul, jahitan telekung sangat seronok dan mudah.

Bagi pembaca yang sudah ada asas menjahit, bolehlah cuba menjahit sepasang telekung menggunakan kain yang murah dulu seperti kain cotton. 
Para pembaca boleh membeli kain tetron cotton atau terkenal dengan nama "kain putih baju sekolah", di Kamdar, Nagoya dan Jakel atau di kedai-kedai kain lain.
Kain bidang 45 inci sudah memadai untuk permulaan. Kak Niza sendiri hanya menggunakan kain bidang 45 inci. Boleh dijahit  dengan renda cotton setebal 3 inci atau 4  inci untuk menambahkan lagi kelabuhan telekung.

Lapik dalam juga boleh dipelbagaikan kelabuhannya. Biasanya kak Niza guna kelabuhan 29 inci untuk lapik dalam. Lapik yang Kak Niza buat ni, labuhnya sehingga pergelangan tangan. Jadi, tak perlu risau jika pakai baju tangan pendek atau tak berlengan (kat rumah ye...). Aurat terjaga semasa solat.


Jika ada kelapangan, Kak Niza akan kongikan cara menjahit telekung. Doakan semoga Kak Niza diberi kelapangan masa untuk berkongsi ilmu.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada semua pembaca.

 Jumpa lagi di lain entri

Sekian.

Wassalam,




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...