Entri 43
Teks ;:Aniza Ismail
Foto :Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
Foto :Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : AriessaEmbroideryCraft
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apa khabar semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Sekarang Pantai Timur sudah mula banjir. Sebelah Ipoh ni pun sentiasa hujan. Semoga kita terselamat dari bencana. Amiinn.
Sambil menyiapkan tempahan sejadah mini, Achik Niza nak bercerita serba ringkas tentang tapak khas yang Achik Niza guna. Oleh sebab sejadah mini ini ada lapisan span atau fiber disebelah dalam, kain sejadah menjadi agak tebal.
Untuk melicinkan pergerakan kain sejadah semasa menjahit, Achik Niza gunakan 'walking foot'. Kain sejadah akan didorong ke belakang dan hasilnya kain sejadah tidak berkedut pada bahagian jahitan. Masih boleh jahit menggunakan tapak biasa, cuma pergerakan kain sejadah agak tidak lancar kerana terganggu dengan ketebalan sejadah tersebut.
Tapak ini Achik Niza dapat dalam pakej pembelian mesin model Janome 2059. Jika berminat dengan tapak ini, bolehlah tanya kedai alatan jahitan atau beli secara atas talian di kedai NHZ Sewing Suppliers.
Hasil kerja ita akan menjadi cantik dan kemas dengan menggunakan alatan yang betul. jangan takut untuk mengeluarkan sedikit duit bagi membeli peralatan yang perlu. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan dan mendatagnkan pulangan yang lumayan. InsyaAllah.
Sekian dulu buat kali ini. Semoga penulisan kali ini memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.
o..patutla bila tgk hasil jahitan kat kedai yang tebal tak berkedut.
ReplyDeleteItulah rahsianya Dalila..kena rajin tukar-tukar tapak untuk dapatkan hasil jahitan yang kemas :)
DeleteSaya dah cuba memang selesa memakainya.
Delete