Sunday, 26 November 2017

Sulaman Pencil Topper


Entri 41

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Syukur Alhamdulillah kerana diberi kekuatan pada saat ini untuk terus menulis d sini. Cuti sekolah sudah pun bermula. Achik Niza bagi tempoh beberapa  hari saja untuk anak-anak berhari raya. Aktiviti harian mesti berjadual dan terkawal tapi tidaklah sampai mengongkong anak-anak, agar mereka  menggunakan masa dengan lebih berfaedah.

          Achik Niza sempat melayan kehendak anak bongsu untuk sulamkan beberapa pencil topper. Asalnya, nak disiapkan sulaman sebelum cuti sekolah untuk diberi kepada kawan-kawannya, tapi masa begitu terhad. Tak sempat untuk tahun ini. 

          Design pensil topper tu Achik Niza dapat secara percuma daripada grup facebook nv950 free design. Achik Niza kurang pasti siapakah yang menjemput Achik Niza ke grup tersebut. Terima kasih kepada beliau sekiranya beliau membaca tulisan ini.


          Achik Niza hanya sulam 3 jenis gambar dulu. Achik Niza ada membuat sedikit ubahsuai supaya sulaman tidak secara 'full stich' bagi mengurangkan bilangan mata jahitan dan tempoh masa menyiapkan jahitan.


          Achik Niza menggunakan kain felt dibahagian depan dan belakang. Dibahagian dalam pula  dilapik dengan kertas penstabil yang nipis sahaja kerana kain felt itu sendiri sudahpun stabil.


          Seronok sangat bila tengok anak Achik Niza teruja dangan hasil sulaman sendiri. Semoga ada antara anak-anak Achik Niza mewarisi minat Achik Niza ni. Amiin.

          Cukup dulu samapi di sini. Jumpa lagi di lain bicara.




     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

          

Thursday, 23 November 2017

Tempat Simpan Benang


Entri 40

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Selamat bersua kembali. Semoga sentiasa ceria dan bersemangat dalam menjalani rutin harian. Kali ini Achik Niza nak kongsi salah satu cara Achik Niza menyusun benang jahitan biasa dan benang sulam.


        Kalau benang berterabur, mood menjahit menjadi kurang sikit. Nak mencari benang pun akan memakan masa. Jadi biarlah kerja kita teratur dan sistematik supaya hasilnya berkualiti.






          Cuba bandingkan dua gambar di atas. Kalau mata sedap memandang, hatipun terasa tenang, seronok dan aura positif akan hadir. Jadi, untuk menyusun benang jahit seperti dalam gambar yang pertama tu, para pembaca hanya perlu menyediakan bahan-bahan berikut:
  1. Bekas untuk menyimpan. Achik Niza beli bekas hijau tu di kedai Eco. Harga RM2 lebih.
  2. Polisterin
  3. Pisau atau 'cutter'
  4. Gam UHU

          Cara-cara membuatnya:
  1. Ukur panjang dan lebar tapak bekas. 
  2. Kemudian lukiskan bentuk tapak bekas dengan ukuran yang sama pada polisterin
  3. Potong polisterin tersebut.
  4. Lukiskan jarak 1 inci memanjang dan melintang pada polisterin.
  5. Potong lidi satay kepada dua bahagian yang sama panjang.
  6. Letakkan gam UHU pada salah satu hujung lidi satay. Hujung lidi satay yang bergam itu dicucuk pada titik persilangan garis yang dilukis tadi. Boleh lihat gambar supaya lebih faham.



          Akhir sekali, masukkan polisterin yang sudah dicucuk lidi ke dalam bekas dan susun semua benang. Mana-mana benang yang telah kecil saiznya bolehlah diselit antara benang-benang yang lain.


         Boleh juga kalau dimasukkan dulu polisterin ke dalam bekas, Kemudian, barulah dicucuk lidi satay. Hasilnya tetap sama..

         Selamat mencuba. Kalau dah cuba barulah lebih faham. Sampai sini dulu tutorial kali ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509














Projek 2018

Entri 39

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

            Alhamdulillah, masih dipanjang umur kita hingga ke saat ini. Syukur atas segala nikmat dan rezeki yang tak terhintung ini. 


          Esok hari terakhir sesi persekolahan 2017. Dua orang anak Achik Niza yang tinggal di arama akan balik esok. Riuh sikit rumah mulai esok. Maklumlah dah mula cuti sekolah.

          Achik Niza tak cuti. Makin ligat menjahit kalau waktu cuti sekolah. Projek 2018 pun dah masuk. Antara yang berada dalam senarai tertinggi ialah baju sekolah dan tudung sekolah anak-anak,  tanda nama untuk sekolah, tadika dan orang perseorangan , beg guru, kotak pensil guru dan pelajar serta  pembalut buku rekod mengajar guru . Tempahan memang dah berderat menunggu giliran.

          Dua hari lepas Achik Niza sempat ke Jakel Ipoh untuk meninjau harga dan kain-kain cotton. Sempatlah Achik Niza membeli beberapa meter kain yang berkenan dihati.

         Semua tu kain cotton. Ada Japanese cotton, silky cotton dan printed English cotton. Kain cotton ini perlu digamkan dengan cotton stabilzer. Biasanya Achik Niza guna kod 5550 atau 5555. InsyaAllah hasilnya cantik dan tegap.


          Semoga segala perancangan berlajaln dengan lancar. Aminn. Cukuplah dulu buat kali ni. Jumpa lain dilain waktu.




Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Wednesday, 22 November 2017

Membuat Pola Tudung Sekolah



Entri 38

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Terima kasih kerana singgah pada entri ini. Agaknya ada diantara para pembaca yang baru sahaja berkira-kira hendak mencuba menjahit tudung sekolah anak.

          Achik Niza mahu berkongsi salah satu cara untuk membuat pola tudung sarung untuk anak-anak kita. Caranya ialah:




1. Cari tudung kesangan anak kita.  

2. Tekap tudung  tersebut atas kertas minyak atau kertas suratkhabar. Sila rujuk gambar di atas.

3. Buat basi 1/2 inci untuk bahagian muka,  depan (bawah dagu) dan bahagian bawah keliling tubung. Bahagian tudung di kepala tidak perlu basi jahitan.

4. Untuk awning, boleh tetas tudung lama yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian, tekap awning atas kertas juga. Awning sudah termasuk basi jahitan. Tekap dan siap.

       
InsyaAllah menjadi tudung tu. Yang penting ialah perlu ada keberanian untuk mencuba lagi dan lagi dan lagi sampai berjaya. Para pembaca boleh hubungi Achik Niza jika ada sebarang persoalan tentang cara mebuat pola tudng sekolah anak.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Potong Lurus Tanpa Pembaris

Entri 37

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bersua kembali. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah. Amiin. Kali ini Achik Niza ingin berkongsi satu cara yang Achik Niza belajar daripada ibu tercinta tentang teknik memotong kain.

          Teknik ini biasanya digunakan semasa memotong kain jenis licin, ringan dan lembik seperti kain satin, kain chiffon dan lain-lain kain seperti itu. Teknik ini Achik Niza hanya guna pada bahagian memanjang kain  (meter kain) bukannya pada bahagian kelebaran kain(bidang kan). Ini kerana bahahgian kelebaran kain, kadang-kadang ada kain yang urat benangnya tidak lurus.

Langkah-langkahnya ialah:
1. Potong sedikit bahagian kain untuk mendapatkan urat atau benang kain.


2.  Tarik benang kain sehingga kain kelihatan berkedut seperti dalam gambar di sebelah.

3. Kemudian, dengan perlahan-lahan, betulkan bahagian yang berkedut supaya hanya sedikit sahaja kedut yang tinggal. Akan kelihatan satu garis lurus pada bahagian kain yang berkedut tadi, kesan daripada benang kain yang ditarik.
 4. Potong kain mengikut mengikut garis lurus tersebut. Ulangi langkat di atas seningga habis ukuran kain yang hendak dipotong. InsyaAllah potongkan kain akan lurus.
Selamat mencuba!



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509













Sejadah Mini

Entri 36

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Alhamdulillah, saat ini ada sedikit ruang dan masa untuk Achik Niza terus membuat coretan di blog ni. Sejak sehari dua ini Achik Niza  agak sibuk dengan macam-macam aktiviti.

          Antara aktiviti yang Achik Niza buat ialah menyiapkan sejadah mini untuk jiran Achk Niza yang akan menunaikan ibadat umrah bulan depan. Sebaik sahaja selesai menyulam dan menampal lebel MALAYSIA pada telekung, terus Achik Niza sambung dengan projek sejadah mini.

          Sejadah mini kali ini ada sedikit kelainnan dqaripada sejadah mini yang sebelum ini. Kali ini Achik Niza menggunakan span 4mm yang di alas dengan kain cotton lembut untuk bahagian atas. Untuk bahagian bawah, Achik Niza menggunakan kain heavy cotton bercorak. Tujuannya ialah  supaya sejadah mini tidak licin semasa digunakan di atas lantai marble dan tidak cepat nampak kekotoran kerana kainnya yang bercorak.

          Untuk hiasan pula, Achik Niza menggunakan renda cotton setebal 3 inci yang berwarna putih dan renda chemical lace putih yang berukuran 1/2 inci. Sejadah mini ni senang dilipat dan mudah disimpan di dalam beg untuk dibawa ke mana-mana sahaja.


         Alhamdulillah, pagi ini Acik Niza mendapat tempahan 2 helai sejadah mini lagi. Rezeki Allah memang luas.  Semoga Alah memberikan Achik Niza kekuatan dan kesihatan yang baik untuk terus mencari rezeki yang halal. Aminn.


          Sekian dulu coretan buat kali ini. Jumpa lagi dalam entri selepas ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509





Saturday, 18 November 2017

Salotep vs Jelujur

Entri 35

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulillah, kali ini Allah beri kesempatan kepada Achik Niza untuk membuat sedikit panduan semasa menyulam kain baldu. Masalah yang Achik Niza hadapi ialah terdapat kesan pemidang (hoop) pada kain yang agak mencacatkan kualiti hasil kerja kita.



          Ini adalah cara yang Achik Niza guna. Mungkin terdapat cara lain bagi orang lain. Caranya mudah sahaja. Sediakan bahan berikut:

1. salotep 'double sided"
2. penstabil jenis yang boleh dikoyak


Langkah-langkah:

1. Hoopkan penstabil. Tandakan garis tengah pembahahgi pemidang.



 2. Letakkan double sided tape. Nak letak banyak pun boleh ðŸ˜€

 3. Tandakan kedudukan yang dikehendaki pada kain










4. Lekatkan kain pada pemidang. Tarik kain ke kanan dan kiri supaya kain tegang semasa proses lekatkan kain pada penstabil.
Pastikan garis pada kain dan pemidang  adalah pada kedudukan yang sama. Rujuk anak panah biru







 5. Kedudukan corak pada skrin mesin sulam.

 6. Proses menyulam selesai.

7. Dengan hati-hati, tarik keluar kain.

Siap.










        Tiada lagi kesan pemidang pada kain baldu. Hasil kerja lebih baik dan halud.


       Sekian tutorial buat kali ini. Semoga bemanfaat.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...