Entri 41
Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah kerana diberi kekuatan pada saat ini untuk terus menulis d sini. Cuti sekolah sudah pun bermula. Achik Niza bagi tempoh beberapa hari saja untuk anak-anak berhari raya. Aktiviti harian mesti berjadual dan terkawal tapi tidaklah sampai mengongkong anak-anak, agar mereka menggunakan masa dengan lebih berfaedah.
Achik Niza sempat melayan kehendak anak bongsu untuk sulamkan beberapa pencil topper. Asalnya, nak disiapkan sulaman sebelum cuti sekolah untuk diberi kepada kawan-kawannya, tapi masa begitu terhad. Tak sempat untuk tahun ini.
Design pensil topper tu Achik Niza dapat secara percuma daripada grup facebook nv950 free design. Achik Niza kurang pasti siapakah yang menjemput Achik Niza ke grup tersebut. Terima kasih kepada beliau sekiranya beliau membaca tulisan ini.
Achik Niza hanya sulam 3 jenis gambar dulu. Achik Niza ada membuat sedikit ubahsuai supaya sulaman tidak secara 'full stich' bagi mengurangkan bilangan mata jahitan dan tempoh masa menyiapkan jahitan.
Achik Niza menggunakan kain felt dibahagian depan dan belakang. Dibahagian dalam pula dilapik dengan kertas penstabil yang nipis sahaja kerana kain felt itu sendiri sudahpun stabil.
Seronok sangat bila tengok anak Achik Niza teruja dangan hasil sulaman sendiri. Semoga ada antara anak-anak Achik Niza mewarisi minat Achik Niza ni. Amiin.
Cukup dulu samapi di sini. Jumpa lagi di lain bicara.
Cukup dulu samapi di sini. Jumpa lagi di lain bicara.
No comments:
Post a Comment