Friday, 17 November 2017

Label MALAYSIA

Entri 34

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
          Musim haji sudahpun berlalu. Sekarang umat Islam mula untuk menunaikan ibadah umrah. Pagi tadi Achik Niza didatangi seorang jiran yang rapat dengan Achik Niza.


         Beliau akan menunaikan ibadah umrah pada bulan Disember ini. Jadi kedatangan beliau adalah untuk meminta tolong Achik Niza lekatkan label MALAYSIA pada dua helai telekung beliau. 
    
          Label yang dibawa oleh beliau  ialah label yang dicop pada kain putih. Achik Niza. Setelah Achik Niza tunjukkan label yang disulam, beliau tertarik hati dengan label jenis sulam. Para pembaca boleh lihat perbezaan antara dua jenis label tu. Label yang teratas ialah label jenis cop manakala dua label lagi ialah label yang Achik  Niza sulam. Tetapi Achik Niza perlu besarkan saiz label sulaman atas permintaan beliau.

          Achik Niza memang akan sedaya upaya memenuhi permintaan para pelanggan. Kami akan berbincang bagi mendapat keputusan yang terbaik. Pelanggan puashati, Achik Niza gembira. Barulah rezeki yang diterima terasa lebih bersih dan berkat.

        Sekian dulu kisah kali ini. Semoga Allah pemudahkan urusan kita semua.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Jahit Beg

Entri 33

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Achik Niza hendak kongsi cerita tentang salah satu daripada cabang jenis jahitan. Bidang jahitan ni sangat luas. Ada jahitan pakaian dan jahitan kreatif. 

         Jahitan pakaian pula ada pakaian lelaki, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak, uniform, pakaian tradisional, pakaian kasual dan banyak cabang lain.

         Achik Niza kurang berminat dalam bidang pembuatan pakaian. Achik Niza lebih cenderung kepada jahitan kreatif. Salah satunya ialah jahitan beg. Biasanya Achik Niza mendapat tempahan beg daripada para guru untuk di bawa ke sekolah. Ada juga tempahan beg untuk di letakkan telekung, al-Quran dan beg tuisyen anak-anak.


         Achik Niza menggunakan kain heavy cotton dan kain denim seperti dalam gambar di bawah  kerana kain tersebut lebih tebal dan tahan lasak. Biasanya kain denim akan dihiasi dengan sulaman untuk menambahkan lagi seri beg tersebut



         Beg yang dijahit mempunyai zip di bahagian atas dan berpoket di bahagian dalam bagi untuk diletakkan barangan kecil seperti kunci dan telefon bimbit.

         Zip yang digunakan ialah zip yang tahan lasak berbeza dengan zip yang digunakan pada pakaian. Achik Niza panggil zip tu dengan nama zip potong atau zip meter sebab zip boleh dibeli mengikut panjang yang kita mahu.

         Jarum mesin juga ditukar kepada jatum nombor 14 semasa menjahit kaujcdenim. Benang pula Achik Niza hanya guna benang biasa sama dengan benang untuk menjahit pakaian. Boleh juga digunakan benang yang lebih tebal.

         Tempahan 2018 sudah pun ada. Cuti sekolah ni ada lebih banyak masa untuk menjahit sebab tak perlu lagi ulang-alik menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

        Jangan takut untuk cuba menjahit. Belajar dari kesilapan. Lama kelamaan kita menjadi mahir dan hasil jahitan semakin kemas.

       Selamat menjahit!



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Thursday, 16 November 2017

Kayu Pemberat Kain

Entri 32

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulillah dapat kita bersua dalam entri tutorial membuat pemberat kain. Pemberat kain ni selalunya Achik Niza guna semasa proses memotong lain yang tidak licin. 

        Selain daripada dapat menahan kain daripada bergerak semasa proses memotong, dapai juga menjimatkan masa dan tenaga semasa proses menyemat jarum peniti pada kain.

        Gambar di bawah adalah semasa proses memotong telekung dari kain jersey.

        


         Untuk membuat kayu pemberat, bahan-bahan yang diperlukan ialah 
  1. kayu
  2.  kain 
  3. stapler jenis tembak
  4. tukul atau alu lesung pun boleh

    Langkah membuatnya semudah ABC.
  1. Balut kayu dengan  kain seperti membalut kotak. Achik Niza guna kain jenis heavy cotton sebab kain tersebut tebal dan tak licin.
  2. Untuk kemasan, staple sepertimana kita menggunakan salotep semasa membalut kotak
  3. Ketuk bahagian yang telah distaple tadi supaya lebih kukuh.


         Dah pun siap dan boleh terus digunakan. Sangat mudah.
        Selamat mencuba!


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

Wednesday, 15 November 2017

Jahit Baju Kurung Sekolah

Entri 31

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Bertemu kembali hari ini. Achik niza percaya ramai orang yang berminat dengan bidang jahitan dan  teringin nak menjahit tetapi tidak berkesempatan untuk belajar menjahit, sibuk dengan tugasan rasmi atau kurang keyakinan diri.


        Langkah pertama ialah ada keinginan. Jika sudah ada keinginan, insyaAllah ada jalan keluar. Mungkin cuti sekolah ini boleh mulakan dengan menjahit baju kurung anak. 

          Jika kita buat bedah siasat terhadap baju kurung, didapati semuanya ialah jahitan lurus kecuali hanya pada leher. Seolah-olah jika tahu jahit lurus maka bolehlah jahit baju kurung. Apa kata kalau buat leher bentuk petak pulak ...boleh tak agaknya.


        Di zaman sains dan teknologi ni, terdapat banyak tutorial secara bergambar atau video di internet tentang cara-cara menjahit baju kurung untuk dijadikan sebagai rujukan.


         Di samping itu, ada juga kelas-kelas menjahit secara online yang dibuat melalui aplikasi whatsapp. telegram dan facebook. Kaedah ini sangat membantu para pembaca yang mempunyai masalah untuk hadir ke kelas jahitan.

         Achik Niza cadangkan sebaik sahaja habis baca entri ni, teruslah buat carian di google tentang kelas jahitan secara online. 

        Selamat menjahit dan menambah ilmu. Semoga berjaya!


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

          

    

          
          

Sulaman Imej Pengantin

Entri 30

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  AriessaEmbroideryCraft  

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Alhamdulillah kerana dapat mencuri sedikit masa untuk coretan kali ini. Dalam kesibukan menyiapkan tempahan sulaman dan jahitan, Achik Niza kena kuatkan semangat untuk kekalkan momentum dalam penulisan blog ni.


          Cuti sekolah sering dikaitkan dengan kenduri kendara sempena majlis perkahhwinan. Bulan depan bersusunlah kad-kad jemputan majlis perkahwinan. Hari pertama cuti sekolah pun ada ada undangan yang Achik  Niza terima.


          Pernah tak rasa buntu nak cari hadiah yang cantik tapi masih di bawah budget. Achik Niza cadangkan beri hadiah hasil sulaman imej pengantin maca m gambar-gambar dalam entri ni. Boleh disulam nama pengantin serta tarikh perkahwinan mereka sebagai kenangan abadi.


          Sulaman boleh dibuat pada tuala, bantal atau kain felt untuk dibingkaikan. Suatu hadiah yang unik dan lain daripada yang lain tetapi tetap mengandungi nilai kenangan abadi dan sentimental.


          Semoga Achik Niza dapat menolong memberi idea kepada pembaca sekalian. Boleh hubungi Achik Niza jika berminat.

Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509


         
        





          


Sulaman Bekas Pensil

Entri 29

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


            Sangat cepat masa berlalu. Minggu depan ialah mingggu akhir sesi persekolahan 2017. Tapi cuti sekolah pada tahun ini agak pendek berbanding tahun lepas rasanya.


          Bulan depan, para ibubapa akan mula membuat persediaan untuk persekolah sesi 2018. Di zaman ekonomi sekarang, pada pendapat Achik Niza, mana-mana peralatan dan baju sekolah yang masih elok bolehlah digunakan lagi untuk tahun hadapan. Kalau para ibu yang tahu menjahit, bolehlah jimat sedikit perbelanjaan dengan menjahit baju sekolah anak-anak sendiri.

       
          Achik Niza pun sama. Kalau boleh semua benda nak buat. Bekas pensil bersulan nama pun Achik Niza jahit. Achik Niza guna kain denim yang tebal. kain denim ni agak tahan lasak dan tahan lama. Cuma sekarang ini, agak sukar untuk mencari kain denim jenis tebal. Boleh juga gunakan seluar jeans terpakai untuk dijadikan sebagai bekas pensil, Zip pulak Achik Niza gunakan zip potong yang lebih lasak berbanding dengan zip biasa. 
          













          Rekabentuk sulaman tu pilihan anak Achik Niza sendiri termasuklah pemilihan padanan warna. Boleh ah latih otak anak menjadi lebih kreatif dan berkembang. 

         Bekas pensil ni rekabentuknya leper atas permintaan anak Achik Niza sendiri. Boleh juga kalau nak hasilkan bekas pensil yang berbentuk kotak jika mahu isi dengan lebih banyak barang.


          Impian Achik Niza agar boleh menghasilkan tutorial menjahit kotak pensil untuk dikongsilkan di sini. Semoga impian menjadi kenyataan. InsyaAllah.


         Janganlah segan untuk sentiasa berkunjung ke sini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



          

Monday, 13 November 2017

Rantau Kunci Kiut dan Comel

Entri 28

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


         Bertemu lagi saat ini. Comel tak gambar kat atas tu. Itu rantai kunci anak bongu Achik Niza. Kain disulam dengnan warna biru untuk sekolah kebangsaan dan ada satu lagi yang kainnya disulam dengan warna hijau untuk sekolah agama rakyat.  Tapi gambarnya tak ada kat sini.


          Rantai kunci ni digantung pada beg sekolah. Kadang-kadang ada pelajar yang mempunyai beg sekolah yang sama. Jadi seanang nak cam beg sendiri apabila digantung rantai kunci bersulam nama macam tu. 

        
         Selain daripada disulamkan  nama, boleh juga disulamkan  nombor telefon ibu dan bapa atau nombor telefon untuk dihubungi ketika kecemasan. Maklumlah apabila berlaku kecemasan, pada masa itu baru nak buka buku pendaftaran pelajar atau fail peribadi, tentulah agak memakan masa. 


        Achik Niza gunakan kain felt bagi kedua-dua permukaan rantai kunci. Kejadian rantai kunci memang tegap dan kukuh kerana menggunakan 2 keping kain felt dan ada penstabil pula di antara kedua-dua kain felt tersebut.


        Jika ada di antara para pembaca yang ingin mengetahui langkah demi langkah cara menghasilkan rantai kunci bersulam begini, silalah hubungi Achik Niza melalui nombor yang tertera di bawah tu ye.


        Semoga bertemu lagi di lain entri. Mudah-mudahan perkongsian ini mendatangkan sedikit manfaat kepada para pembaca semua.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...