Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : AriessaEmbroideryCraft
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi saat ini. Comel tak gambar kat atas tu. Itu rantai kunci anak bongu Achik Niza. Kain disulam dengnan warna biru untuk sekolah kebangsaan dan ada satu lagi yang kainnya disulam dengan warna hijau untuk sekolah agama rakyat. Tapi gambarnya tak ada kat sini.
Rantai kunci ni digantung pada beg sekolah. Kadang-kadang ada pelajar yang mempunyai beg sekolah yang sama. Jadi seanang nak cam beg sendiri apabila digantung rantai kunci bersulam nama macam tu.
Selain daripada disulamkan nama, boleh juga disulamkan nombor telefon ibu dan bapa atau nombor telefon untuk dihubungi ketika kecemasan. Maklumlah apabila berlaku kecemasan, pada masa itu baru nak buka buku pendaftaran pelajar atau fail peribadi, tentulah agak memakan masa.
Achik Niza gunakan kain felt bagi kedua-dua permukaan rantai kunci. Kejadian rantai kunci memang tegap dan kukuh kerana menggunakan 2 keping kain felt dan ada penstabil pula di antara kedua-dua kain felt tersebut.
Jika ada di antara para pembaca yang ingin mengetahui langkah demi langkah cara menghasilkan rantai kunci bersulam begini, silalah hubungi Achik Niza melalui nombor yang tertera di bawah tu ye.
Semoga bertemu lagi di lain entri. Mudah-mudahan perkongsian ini mendatangkan sedikit manfaat kepada para pembaca semua.
Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509
Comeyy nyaa
ReplyDeleteterima kasih. akak pun suka tengok hasil resin tu. nak belajar online dgn rose suatu hari nanti
Delete