Friday, 23 March 2018

Tudung sekolah

Entri 53
Teks :Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

        Bersua kembali. Kali ni nak berkongsi sikit tentang jahitan tudung sarung atau tudung instant. Daripada tudung sarung yang asas ni boleh dibuat tudung sekolah, tudung jururawat, tudung, polis, tudung staff AEON dan lain-lain lagi. Cuma tukar warna kain aje.




         Alhamdulillah tudung sekolah ana-anak semuanya Achik Niza jahit sendiri. Kali pertama Achik Niza belajar jahit tudung dari Pusat Jahitan Epal. Bermula dari situ, Achik Niza mula jahitkan tudung sarung untuk anak-anak. Achik Niza ada juga ikuti kelas online secara bebayar atau percuma untuk meningkatkan ilmu dah kemahiran. 

         Menjahit tudung tidak serumit menjahit pakaian. hanya perlu kenal jenis-jenis kain yang sesuai untuk tudung dan awning, jenis awning dan teknik cantuman. Semakin banyak kita menjahit tudung, smaking bertambah kemahiran dan ilmu. Belajar dari kesilapan sendiri.

        Tapak mesin juga harus sesuai dengan jenis kain yang digunakan untuk dapatkan hasil jahitan yang kemas dan cantik. Tapak teflon sesuai untuk kain jenis memeri seperti lycra dan jersi. Dalam gambar kat atas tu, Achik Niza guna tapak teflon berwarma merah. Laju je mesin berjalan.

         Akhir kalam, jangan takut untuk mencuba. Pengalaman adalah guru terbaik buat kita.

Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

         

Penjenamaan

Entri 51
Teks :Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

          ARRIESA....siapa Ariessa tu agaknya ye.....macam mana ARIESSA dipilih sebagai jenama produk Achik Niza dan juga nama fb page Achik Niza.

         Sebenarnya dah lama tercari-cari jenama apa yang sesuai. Ada yang cadangkan guna nama sendiri sebagai jenama... haha...rasa tak sanggup pulak. Ada yang cadangkan buat gabungan nama-nama orang yang bermakna dalam hidup kita. Achik Niza bersama-sama dengan anak-anak pun  merekaciptalah  beberapa nama.

        Kemudian, cari lagi beberapa nama dalam Bahasa Arab yang elok maknanya. Akhirnya ARIESSA menjadi pilihan. Berbunga-bunga rasa hati. Barulah boleh ke SSM untuk daftarkan peniagaan ssecara sah walaupun hanya baru peringkat 'bayi diklahirkan'. 


          Bolehla letak watermark kat gambar. Tapi kadang-kadang Achik Niza tak rajin nak buat macam tu. Takpe la kalau ada yang dakwa hasil kerja Achik Niza sebagai hasil kerja dia. Mudah-mudahan Achik Niza dapat tumpang pahala kat situ.

          Penjenamaan ni perlu untuk memperkenalkan produk kita. Tapi nak kena rajin tonjolkan jenama kita tu. Fliers dan kad bisnes kenalah sentiada ada. Kemudian, cop perniagaan dan resit pun boleh ditempah setelah kita sudah ada jenama sendiri.

         Achik Niza sendiri masih dalam proses membuat semua perkara tu. Biar lambat asalkan sentiasa ada perkembangan. Semoga perniagaan kita semua diberkati Allah. Amiin


Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

Thursday, 22 March 2018

Perekodan Tempahan

Entri 50
Teks :Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail

fb Page :  Ariessa Embroidey and Crafts




          Assalamualaikum... alhamdulillah, ada edikit kesempatan untuk Achik Niza buat catatan pada hari ini. Catatan pengalaman mengambil temphan pukal sulaman tanda nama.


        Selama bertahun-tahun menerima tempahan tanda nama bersulam, Achik Niza dapati pada permulaaan tempahan adalah dalam keadaan yang sangat teratur dan sistematik. Senarai mana ditulis atau bertaip dengan kemas. Lengkap dengan nama kelas.

         Kemudian, Achik Niza akan terima lagi tempahan secara runcit dan berperingkat dari pihak yang sama. Kadang-kadang mungkin disebabkan kesibukan atau kekangan masa, ada sesetengah pihak menghantar senarai nama yang bercampur aduk dan kurang teratur.


         Jadi, kita mestilah fikir satu sistem perekodan supaya jelas bilangan tempahan yang diterima. Jika kerja dibuat dengan bersistem, InsyaAllah produktiviti juga akan bertambah.

         Jika sesiap berminat untuk mendapatkan format borang seperti gambar di atas, bolehlah hantar alamat email kepada Achik Niza.



Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509



Sulaman Kain Satin

Entri 49
Teks :Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
fb Page :  Ariessa Embroidey and Crafts



       
           Kali ni Achik Niza nak kongsi pengalaman menyulam atas kain satin. Tempahan sulaman kotak tisu ni adalah daripada jiran Achik Niza untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan beliau. Warna krim menjadi pilihan. Sebelum ni Achik Niza pernah menyulam atas kain satin untuk selempang dan bekas tisu kecil tapi kali ni ada sedikit kesulitan yang kena lalui.

         Kain satin ada beberapa jenis kelicinan dan ketebalannya. Kain satin ni Achik Niza beli kat kedai yang selalu Achik Niza beli kain satin. Tapi kali ni kainnya agak nipis.

         Bermula episod berpeluh apabila terdapat bahagian kain nampak sedikit reganng atau tertarik benang-benangnya ketika proses memasang kain pada hoop. Kemudian, masalah juga timbul apabila potongan kain menjadi 'lari' walaupun telah ditanda dengan kapur penanda dan diukur dengan tepat. Hasilnya agak mengecewakan. Ini bukanlah kali pertama Achik Niza buat produk begini. Selaulunta Achik Niza guna kain baldu dan tiada masalah yang timbul.

        Alhamdulillah, Allah memberikan Achik Niza idea. Kain satin tu Achik Niza gamkan dengan kertas gam sebelum proses sulaman. Selesai sulam, baru Achik Niza potong mengikut pola. Alhamdulillah tiada lagi adegan 'lari'. Syukur dengan hasil jahitan yang tepat dan memuaskan hati. Syukur alhamdulillah.

        Pengajarannya ialah, pilih satin yang agak tebal supaya tak berlaku masalah begini. Hasinya akan jadi lebih baik dan cantik.



Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509






Saturday, 17 March 2018

Siap siaga

Entri 48
Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  Ariessa Embroidey and Crafts

 

 
                 Terima kasih kerana sudi bertandang kat blog Achik Niza ni. Semoga setiap entri yang Achik Niza tulis boleh mendatangkan sedikit manfaat kepada para pembaca. 

           Antara projek sulaman yang sentiasa ada tempahannya ialah tanda nama bersulam. Bermula dari Disember hingga Mac setiap tahun, tempahan memang tak pernah putus. Alhamdulillah.

         Jadi Achik Niza kena sentiasa peka dengan sms, wassup dan email supaya tidak terlepas pandang sebarang tempahan yang masuk. Kadang-kadang pelanggan minta sampel warna kain, benang dan tanda nama yang siap serta sebutharga. Jadi untuk melancarkan urusan, seeloknya semua maklumat sudah tersedia, Paling senang ialah menyimpan semua maklumat tersebut dalam telefon bimbit. Dengan hanya dihujung jari, maklumat boleh sampai kepada pelanggan dengan cepat.

         Gambar kat atas tu adalah antara contoh samel tanda nama yang Achik Niza buat. Letakkan juga sampel tanda nama dalam album kecil dan sentiasa bawa bersama-sama. Jadi, senang untuk kita tunjukkan kepada pelanggan. Maklumlah, ada pelanggan yang lebih suka melihat produk secara fizikal.

        Jika para pembaca ingin meliat sampel yang lain, bolehlah hubungi Achik Niza melaului nombor telefon kat bawah tu
 ye.


Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509













 
         

Sulaman Logo Jenama Kereta

Entri 47
Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail & Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  Ariessa Embroidey and Crafts




  

           Bersua semula. Kali ni Achik Niza nak kongsi tentang sulaman logo kereta. Bukan sulaman gambar kereta ye. Logo kereta sama ada kereta buatan Malaysia atau kereta import.

          Gambar kat atas ialah gambar hasil sulaman pada kain tetron cotton atau kain baju sekolah warna putih. Gambar kat bawah ni ialah imej berformat jpeg. Sama tak... sama je kan.... ni baru sesi "testing". Kejadian sebenar adalah untuk dibuat rantai kunci mengiut jenama kereta masing-masing.

          
             Material yang boleh digunakan ialah felt, kulit, PVC, PU atau vinyl, bergantung kepada citarasa dan budget pelanggan. Hasil akan nampak lebih bergaya lagi apabila dipadankan dengan 'snap button' berbanding dengan jahitan biasa. Achik Niza minta maaf kerana tiada gambar yang boleh diletakkan kat sini. Mungkin lain kali, jika ada tempahan begini, Achik Niza akan rakamkan gambar dan masukkan kat sini. Kat bawah ni adalah contoh snap button yang Achik Niza maksudkan tadi. Cantik kan?

          Image result for snap button 
Sumber: Google 

          Cukup dulu buat kali ni. Semoga ketemu lagi.

          

Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/6012462650

Friday, 16 March 2018

Pembuka Tirai 2018

Entri 46
Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft

           Syukur alhamdulillah. Akhirnya Achik Niza diberi kesempatan untuk membuat coretan sebagai pembuka tirai 2013, walaupun sekarang sudahpun pertengahan Mac. Telah beberapa kali Achik Niza cuba mencari masa untuk  menulis, tapi kali ni baru terasa ada kelapangan masa.

          Sejak Disember lagi Achik Niza mendapat tempahan tanda nama bersulam sama ada  secara pukal atau orang peseorangan. Ada pelanggan lama yang setia dan alhamdulillah ada juga pelanggan yang baru. Email, wassup dan sistem perbankan secara atas talian membuatkan tempahan dan urusan menjadi senang dan cepat.

         Lega sangat kerana semua siap mengikut yang dirancang. Syukur juga kerana ada pembantu yang setia menolong menyiapkan beribu-ribu kepingan tanda nama bersulam. Semua ni berlaku dengan izinNya. 

        Projek lain dah sedia beratur. Sudah ada orang bertanyakan sampel hadiah hari guru, tempahan sejadah dan telekung untuk  menyambut ramadhan, serkup kepala, kotak pensil dan macam-macam lagi. Alhamdulillah rezeki semuanya tu. 

        Kain-kain line kuning untuk tanda nama bolehlah disimpan dalam rak. Giliran kain lain pulak untuk diproses. Semoga kali ni juga semua tempahan siap seperti yang dirancang. Amiinn.



Sekian.
Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

Thursday, 21 December 2017

Sulaman Logo

Entri 45

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bersua semula. Sudah lama Achik Niza tak menulis. Agak sibuk menghabiskan masa dengan keluarga di kampung. Lupakan seketika segala gadjet agar dapat luangkan masa berkualiti dengan emak dan adik beradik di kampung.

  Kali ni Achik Niza nak cerita tentang sulaman logo yang Achik Niza buat. Atas sebab nak tolong pelanggan yang terdesak nak guna sulaman logo  baju koperat, Achik Niza bertungkus lumus menyiapkan tempahanan dalam sehari sahaja. Alhamdulillah, pelanggan sendiri membawa design logo yang telahpun ditukarkankepada format sulaman. Jadi tugas Achik Niza ialah hanya untuk sulam pada baju.
           Sulaman logo dibuat pada bahagian depan baju. Disebelah kanan dibuat sulaman logo 1 Malaysia serta nama. Bahagian ini memerlukan Achik Niza berhati-hati semasa menukar nama supapa tidak tersilap saiz baju yang sepatutnya.
          Sebelah kiri baju pula disulam logo JKKK Dusun Hulu. Bahagian ini agak senang kerana sekali sehaja setting yang perlu dibuat. Alhamdulillah dengan izin Allah semua sulaam berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Syukur sangat.






         Jika ada para pembaca yang nak tahu lebih lanjut tentang sulaman, bolehlah Achik Niza bantu setakat apa yang Achik Niza tahu dan pernah lalui. 
        




     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

Friday, 1 December 2017

Ulasan kelas ABDR

Entri 44

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Alhamdulilah dengan izin Allah akhirnya Achik Niza berjaya ke entri yang ke-44 iaitu entri terakhir dalam kelas penulisan blog di bawah bimbingan Puan Masayu Ahmad, pengasas Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR)


        Achik Niza  ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Masayu Ahmad selaku guru bimbingan penulisan asas blog ini. Semasa melayari inernet dan mencari maklumat tentang bekerja di rumah, Achik Niza terjumpa dengan ABDR. Achik Niza terus mendaftar untuk menyertai kelas penulisan blog sebaggai salah satu persediaan untuk bekerja di rumah seperti yang diimpikan.


      Kelas bimbingan ini sangat bagus kerana ia dijalankan secara atas talian.  Ahli kumpulan diserap ke dalam grup facebook dan kumpulan kecil whatsapp untuk dibimbing. Puan Masayu sentiasa memberi bimbingan dan dorongan supaya menyiapkan 44 entri dalam tempoh yang ditetapkan. Berlaku komunikasi dua hala dan semua persoalan dijawab dengan cepat dan jelas.


        Apabila berada di dalam grup whatsapp, Achik Niza juga boleh mengambil pengajaran daripada penyelesaian permasalahan ahli kumpulan yang lain. Malah, ahli kumpulan sentiasa memberi galakan antara satu sama lain.

         Puan Masayu juga sentiasa menyemak tugasan yang dihantar. Teguran akan diberi jika terdapat sebarang kesilapan. Dalam kelas ini juga diajar teknik penulisan untuk menaikkan nama kita dalam enjin carian di internet. Alhamdulillah, semalam Achik Niza telahpun menyiapkan tempahan sulaman logo pada baju koperat . Pelanggan mendapat maklumat tentang sulaman Achik Niza daripada internet. 

        Sebagai kesmpulan, Achik Niza sangat berpuashati dengan kelas ini. Semoga Puan Masayu dan pasukan ADBR beliau terus dapat membantu ramai insan yang teringin untuk bekerja dari rumah.

     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509













       

Monday, 27 November 2017

Walking Foot


Entri 43

Teks ;:Aniza Ismail
Foto :Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


           Apa khabar semua. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu. Sekarang Pantai Timur sudah mula banjir. Sebelah Ipoh ni pun sentiasa hujan. Semoga kita terselamat dari bencana. Amiinn.

       Sambil menyiapkan tempahan sejadah mini, Achik Niza nak bercerita serba ringkas tentang tapak khas yang Achik Niza guna. Oleh sebab sejadah mini ini ada lapisan span atau fiber disebelah dalam, kain  sejadah menjadi agak tebal.


         Untuk melicinkan pergerakan kain sejadah  semasa menjahit, Achik Niza gunakan 'walking foot'. Kain sejadah akan didorong ke belakang dan hasilnya kain sejadah tidak berkedut pada bahagian jahitan. Masih boleh jahit menggunakan tapak  biasa, cuma pergerakan kain sejadah agak tidak lancar kerana terganggu dengan ketebalan sejadah tersebut.
         


          Tapak ini Achik Niza dapat dalam pakej pembelian mesin model Janome 2059. Jika berminat dengan tapak ini, bolehlah tanya kedai alatan jahitan atau beli secara atas talian di kedai NHZ Sewing Suppliers.


        Hasil kerja ita akan menjadi cantik dan kemas dengan menggunakan alatan yang betul. jangan takut untuk mengeluarkan sedikit duit bagi membeli peralatan yang perlu. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan dan mendatagnkan pulangan yang lumayan. InsyaAllah.

         Sekian dulu buat kali ini. Semoga penulisan kali ini memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.


     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509




Sunday, 26 November 2017

Pembekal Barangan Jahitan


Entri 42

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail






Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


         Bersua kembali hari ini. Pagi ini Achik Niza terfikir nak berkongsi tentang pembekal barang jahitan atas talian yang Achik Niza tahu dan pernah berurusan dengan mereka. Servis mereka cekap dan barangan cepat sampai setelah bayaran dibuat. 


         Achik Niza membeli secara atas talian kerana kadang-kadang ada barang jahitan yang tiada di kawasan tempat tinggal atau susah didapati di kedai-kedai di sini. 

         Tambahan pula Achik Niza tak begitu rajin nak ke pekan lama Ipoh sebab jarak dari rumah ke pekan agak jauh dan terapksa menempuh banyak lampu isyarat dan kesesakan jalan raya.



         Di bawah ini adalah antara pembekal barangan jahitan yang pernak Achik Niza berurusan dengan mereka. Sila klik pada pautan dibawah untuk dibawa ke pembekal barang jahitan tersebut :

  1. D'Lareez Shoppe 
  2. NHZ Sewing Supplies
  3. Ab Maz Designs Sdn.Bhd
  4. Alat-alat Jahitan Kim Lai
  5. LSN Sewing Machines

        Terdapat banyak lagi pembekal alat jahit atas talian selaian daripada yang tersenarai di atas. Para pembaca bolehlah membuat carian di Google. Pada pendapat Achik Niza, memandangkan kos pos ditanggung oleh kita sebagai pembeli, jadi rancanglah pembelian supaya tidak rugi. Membeli hanya satu alat jahit yang kecil dengan kos pos yang setara  untuk berat  1/2 kg adalah agak merugikan. Perancangan adalah perlu supaya kita tidak menanggung kerugian.


         Sekian dulu buat kali ini. Selamat membeli-belah di atas talian. Semoga bertemu dengan barang yang dicari selama ini.

     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509





Sulaman Pencil Topper


Entri 41

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Syukur Alhamdulillah kerana diberi kekuatan pada saat ini untuk terus menulis d sini. Cuti sekolah sudah pun bermula. Achik Niza bagi tempoh beberapa  hari saja untuk anak-anak berhari raya. Aktiviti harian mesti berjadual dan terkawal tapi tidaklah sampai mengongkong anak-anak, agar mereka  menggunakan masa dengan lebih berfaedah.

          Achik Niza sempat melayan kehendak anak bongsu untuk sulamkan beberapa pencil topper. Asalnya, nak disiapkan sulaman sebelum cuti sekolah untuk diberi kepada kawan-kawannya, tapi masa begitu terhad. Tak sempat untuk tahun ini. 

          Design pensil topper tu Achik Niza dapat secara percuma daripada grup facebook nv950 free design. Achik Niza kurang pasti siapakah yang menjemput Achik Niza ke grup tersebut. Terima kasih kepada beliau sekiranya beliau membaca tulisan ini.


          Achik Niza hanya sulam 3 jenis gambar dulu. Achik Niza ada membuat sedikit ubahsuai supaya sulaman tidak secara 'full stich' bagi mengurangkan bilangan mata jahitan dan tempoh masa menyiapkan jahitan.


          Achik Niza menggunakan kain felt dibahagian depan dan belakang. Dibahagian dalam pula  dilapik dengan kertas penstabil yang nipis sahaja kerana kain felt itu sendiri sudahpun stabil.


          Seronok sangat bila tengok anak Achik Niza teruja dangan hasil sulaman sendiri. Semoga ada antara anak-anak Achik Niza mewarisi minat Achik Niza ni. Amiin.

          Cukup dulu samapi di sini. Jumpa lagi di lain bicara.




     
Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

          

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...