Entri 42
Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : AriessaEmbroideryCraft
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bersua kembali hari ini. Pagi ini Achik Niza terfikir nak berkongsi tentang pembekal barang jahitan atas talian yang Achik Niza tahu dan pernah berurusan dengan mereka. Servis mereka cekap dan barangan cepat sampai setelah bayaran dibuat.
Achik Niza membeli secara atas talian kerana kadang-kadang ada barang jahitan yang tiada di kawasan tempat tinggal atau susah didapati di kedai-kedai di sini.
Tambahan pula Achik Niza tak begitu rajin nak ke pekan lama Ipoh sebab jarak dari rumah ke pekan agak jauh dan terapksa menempuh banyak lampu isyarat dan kesesakan jalan raya.
Di bawah ini adalah antara pembekal barangan jahitan yang pernak Achik Niza berurusan dengan mereka. Sila klik pada pautan dibawah untuk dibawa ke pembekal barang jahitan tersebut :
- D'Lareez Shoppe
- NHZ Sewing Supplies
- Ab Maz Designs Sdn.Bhd
- Alat-alat Jahitan Kim Lai
- LSN Sewing Machines
Terdapat banyak lagi pembekal alat jahit atas talian selaian daripada yang tersenarai di atas. Para pembaca bolehlah membuat carian di Google. Pada pendapat Achik Niza, memandangkan kos pos ditanggung oleh kita sebagai pembeli, jadi rancanglah pembelian supaya tidak rugi. Membeli hanya satu alat jahit yang kecil dengan kos pos yang setara untuk berat 1/2 kg adalah agak merugikan. Perancangan adalah perlu supaya kita tidak menanggung kerugian.
Sekian dulu buat kali ini. Selamat membeli-belah di atas talian. Semoga bertemu dengan barang yang dicari selama ini.
No comments:
Post a Comment