Tuesday 8 March 2016

Berkongsi Rezeki

Entri 17

Teks: Aniza Ismail
Foto : Internet

Sumber: Internet
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terima  kasih kerana masih sudi untuk membaca coretan Kak Niza hari ni.

Alhamdulillah, ada sedikit kelapangan untuk Kak Niza berkongsi pengalaman (yang tak seberapa banyak pun ) dalam bisnes sulaman..

Setiap tempahan yang diterima diiringi dengan ucapan syukur kepada Yang Maha Memberi Rezeki. Namun, disebalik rasa syukur dan gembira, ada juga rasa risau jika tidak dapat menyiapkan tempahan dalam masa yang ditetapkan. Maklumlah, tuntutan tugas hakiki memang banyak dan memenatkan. 
Ditambah lagi tugas sebagai ibu dan isteri, menyebabkan masa memang dirasakan sangat berharga.

Atas dasar minat mendalam dalam bidang jahitan, tempahan masih diterima.  Jadi, perlu  ada strategi dan sistem untuk memaksimumkan pengeluaran produk. 

Antara strategi yang Kak Niza guna ialah:

1. Menambahkan bilangan mesin sulam. Rasioanalnya ialah lebih banyak mesin bekerja, lebih banyak hasil dapat dikeluarkan. Semasa  mesin sedang bekerja, Kak Niza sempat menaip nama untuk 'setting' dalam bingkai tanda nama. Sempat juga kak Niza membuat proses memotong benang dan kemasan tepi tanda nama. Memang tak menang tangan kerana membuat pelbagai tugasan dalam satu masa. paling teruk rasanya ialah  proses menggantikan dan mengisi benang bobbin yang asyik bergilir-gilir habis. 


Sumber: Internet

2. Berkongsi Rezeki
    a. Kak Niza juga pernah berkongsi tempahan dengan kenalan Kak Niza kerana tidak mampu menyiapkan tempahan  yang banyak. Kak Niza tidak lagi risau kalau-kalau tidak mampu menyiapkan tempahan dalam masa yang ditetapkan. Reputasi perniagaan juga tidak terjejas. Kak Niza berbincang dulu dengan rakan dari segi  persetujuan bayaran dan tempoh masa yang ditetapkan.

     b. Strategi lain yang Kak Niza gunakan ialah berkongi rezeki dengan adik sendiri. Mesin yang banyak dangan masa dan tanaga yang terhad agak tidak praktikal. Jadi, Kak Niza memberi salah satu mesin sulam untuk dikendalikan oleh adik di kampung. Pengeluaran produk naik 200% kerana adik Kak Niza memang menjahit sepenuh masa. Alhmadulillah.

     c. Kak Niza juga pernah menggaji bekas pelajar untuk menyiakan tempahan. Bayaran yang diberikan berdasarkan kadar semasa yang diberikan jika bekerja di tempat lain seperti di AEON. Meraka sangat gembira kerana dapat mencari duit poket.
    
      d. Tempahan yang melibatkan logo akan dikongsi dengan rakan. Ini kerana mesin kak Niza hanyalah mesin kepala satu dan satu jarum. Bisanya logo melibatkan banyak warna. Sulaman dengan mesin sulam industri lebih cepat  dan kemas kerana penukaran adalah secara automatik. Kak Niza akan mendapat sedikit komisyen daripada kawan Kak Niza.

Sumber: Internet (Banyak jarum)

Sumber; Internet (satu jarum)


Itulah sebahgian daripada sterategi yang Kak Niza guna. 

Semoga perkongsian ini memberi sedikit manfaat kepada semua pembaca.

 Jumpa lagi di lain entri

Sekian.

Wassalam,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...