Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : ttps://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : https://www.facebook.com/AriessaEmbroideryCraft/
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat bertemu semula. Kali terakhir menulis blog ni adalah pada 8 Mac 2016. Sudah 1 tahun 8 bulan blog ini terbiar dan bersawang. Alhamdulillah kali ini Allah telah beri kekuatan pada diri ini untuk berkarya dan berkongsi maklumat di sini.
Masa sangat cepat berlalu. Diri sudah dimakan usia. Kalau sebelum ini kak Niza menjadi bahasa diri di sini, kali ini selari dengan pertambahan usia, Achik Niza lebih sesuai dijadikan sebagai pengganti diri.
Selama ini Achik Niza tidak aktif berblog kerana kekangan waktu dengan tugas hakiki dan tugas fitrah sebagai seorang ibu dan isteri serta menyiapakan tempahan sulaman. Tahun lepas 3 anak-anak Achik Niza menghadapi peperiksan besar iaitu UPSR, PT3 dan SPM. Sebagai seorang ibu, dengan masa yang agak terhad kerana bekerja, sudah semestinya cuba meluangkan baki masa yang ada untuk memberi sokongan moral dan menemani anak mengulangkaji.
Alhamdulillah semuanya telah dilalui. Mulai Julai tahun ini Achik Niza menjahit dan menyulam sepenuh masa. Banyak perkara tentang sulaman yang ingin Achik Niza kongsikan berdasarkan pengalaman yang tak seberapa ini.
Selain daripada faktor masa, Achik Niza mengambil keputusan untuk menyambung penulisan di blog ini kerana Achik Niza sudah menemui fokus diri. Menjahit, membuat roti, kek dan biskut adalah hobi yang sangat diminati. Semua aktiviti tersebut hendak dibuat sehinggakan hilang fokus yang sebenar.
Ada beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun ini yang menyebabkan Achik Niza sudah menjumpai fokus. Namun begitu, sekali sekala masih lagi berperang dengan diri sendiri supaya sentiasa tidak lari daripada fokus. Sentiasa tetapkan matlamat dan ingatkan diri sendiri supaya tidak tergelincir dan hilang fokus.
InsyaAllah dalam entri berikutnya Achik Niza akan ceritakan pengalaman yang menjadikan penentu fokus terhadap bidang sulaman dan jahitan kreatif.
Semoga Achik Niza diberikan kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dengan fokus dan penulisan blog. Aammiiinn.
Semoga kita bersua lagi dalam entri seterusnya.
Sekian,
Wasalam
~Achik Niza ~
No comments:
Post a Comment