Friday, 10 November 2017

Panduan Ringkas Mendaftar Perniagaan di SSM

Entri 20

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : ttps://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : https://www.facebook.com/AriessaEmbroideryCraft/


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Apa khabar sahabat pembaca semua. Semoga sentiasa dalam kesihatan yang baik tambah-tambah lagi dalam keadaan cuaca sekarang. Alhamdlillah selangkah lagi ke hadapan. Setelah bertemu dengan fokus, barulah boleh mendaftar dengan SSM. 

          Setelah berdaftar, barulah rasa lega kerana sudah boleh berurusan dengan lebih yakin dan berani dengan pelbagai pihak. Boleh bergerak secara rasmi dan betul di sisi undang-undang. Jemput jenguk fb page Achik Niza yang masih baru lagi ye. Bolek klik pada page Ariessa Embroidery And Craf


          Sebagai panduan, sebelum pergi ke SSM, eloklah muat turun dulu borang daripada laman web SSM. Terdapat 2 jenis borang beserta contoh mengisi borang tersebut. Borang pertama ialah borang untuk memohon nama perniagaan dan borang kedua ialah borang untuk mendaftar perniagaan atas nama yang dipiilh. Fikirkan siap-siap 3 nama perniagaan untuk diisi dalam borang.


       Isi borang dengan pen berwarna hitam. Sila bawa satu salinan kad pengenalan serta wang pendaftaran. Achik Niza tak ingat nilai yang tepat tepat tetapi nilainya ialah RM70 lebih. Borang mesti diisi dengan bersih dan jelas untuk menjimatkan masa di SSM nanti.

          Di SSM Ipoh yang terletak di Angsana Mall, sebaik sahaja memasuki pintu, terdapat kaunter di sebelah kiri pintu masuk. Beratur di situ untuk mengambil nombor dan semakan borang.

          Kemudian, masuk ke ruang yang ada banyak kaunter. Tunggu giliran untuk dipanggil. Selesai proses di situ, kita dikehendaki pergi ke kaunter 8 sejam selepas itu untuk mengambil sijil pendaftaran SSM yang sudah siap. Kadang-kadang prosesnya lebih cepat daripada 1 jam.

          Begitulah secara ringkas proses yang perlu dilalui bagi mendaftar perniagaan di SSM. Semoga menjadi panduan kepada pembaca sekalian.

          Jumpa lagi dalam entri yang lain nanti. InsyaAllah.


Sekian.

Wassallam.
~Achik Niza~
          

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...