Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : AriessaEmbroideryCraft
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Selamat bertemu semula. Semoga kita semua sentiada dalam keadaan sihat sejahtera dan terselamat daripada segala bahaya. Semoga membaca al-Mathurat menjadi amalan kita setiap hari.
Kali ini Achik Niza nak tunjuk gambar sulaman beg bertali (string bag) tempahan daripada rakan-rakan anak Achik Niza. Corak sulaman tersebut direka sendiri oleh anak Achik Niza dengan hanya menggunakan tulisan dan rekaan corak yang sudah tersedia ada dalam mesin sulam Janome MC11000.
Kali ini kain yang digunakan ialah kain yang telah sedia ada di rumah iaitu kain untuk membuat nametag yang Achik Niza panggil sebagai kain line kuning. Achik Niza tak pasti nama sebenar kain tersebut.
Warna kain adalah mengikut kehandak masing-masing. ada yang mahu warna kain yang berlainan bagi bahagian hadapan dan belakang beg.
Achik Niza tak sempat merakam gambar beg yang sudah siap. InsyaAllah jika pada masa yang lain terdapat tempahan beg sulaman bertali begini, Achik Niza akan cuba rakan gambarnya.
Cukup dulu buat kali ni kerana Achik Niza perlu menyiapkan tempahan yang belum siap. Sehingga bertemu di entri selepas ini.
No comments:
Post a Comment