Saturday, 11 November 2017

Selempang Bersulam

Entri 23

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : https://www.facebook.com/AriessaEmbroideryCraft/



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Achik Niza nak cerita sikit tentang selempang moden. Kalau orang dulu-dulu guna kain pelkat sebagai selempang, sekarang Achik Niza jahitkan kain satin sebagai selempang. Terpampang tulisan yang bersaiz besar supaya senang dan jelas untuk dibaca oleh mana-mana para rakan taulan dan guru yang berada di bahagian belakang dewan.



         Warna kuning dan biru laut memang sepadan. Gandingan warna terang  membuatkan selempang nampak gah dan menarik. Selempang ni berukuran lebih kurang 5 inci lebar dan 2m panjangnya. Bagi menampakkan selempang yang stabil tetapi lembut, Achik Niza alaskan kain lain di antara kain satin yang memang kita semua tahu materialnya sangat lembut dan licin.

                
                 Achik Niza berusaha memberi mutu perkhidmatan yang kemas dan terbaik yang mampu Achik Niza buat. Semoga Allah sentiasa memberi idea dan panduan bagi menghasilkan produk sulaman dan jahitan yang berkualiti. Aminn.

                  Sekian saja dulu buat kali ini. Semoga jangan jemu untuk terus singgah di sini.


Sekian.
Wassallam
~Achik NIza~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...