Monday 13 November 2017

Sulaman Tuala

Entri 27

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Selamat bersua kembali. Kali ni Achik Niza nak kongsi tentang sulaman tuala.Sulaman tuala boleh dijadikan cenderahati untuk semua majlis seperti majlis perkahwinan, hari lahir, hari anugerah kecemerlangan pelajar, majlis khkatan Quran dan lain-lain lagi.


          Saiz tuala juga terpulang kepada budget masing-masing. Ada yang menggunakan saiz tuala muka, tuala tangan dan tuala mandi kanak-kanak serta dewasa. Achik Niza tak galakkan guna tuala yang terlalu nipis kerana hasil sulaman menjadi tidak cantik. Biarlah menggunakan tuala yang berkualiti supaya berbaloi dengan bayaran tempahan slaman yang dikenakan.



     
          Tulisan pada sualaman tuala mestilah tulisan yang tebal supaya tulisan tersebut tidak tenggelam dalam kegebuan tuala itu. Semasa sulaman tuala, Achik Niza akan alaskan plastik pada bahagian atas permukaan tuala. Tujuannya suapaya pergerakan proses sulaman menjadi licin dan tidak tersangkut pada kegebuan benang tuala. Boleh juga digantikan dengan penstabil yang larut air tetapi kosnya adalah mahal.

        Kalau ada pembaca yang masih takut-takut untuk menyulam tuala, bolehlah jadikan entri ni sebagai panduan. Silakan.

         Sehingga bertemu lagi dalam alam maya ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...