Friday 10 November 2017

Sulaman vs Bakeri



Entri 19

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza Ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : ttps://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page : https://www.facebook.com/AriessaEmbroideryCraft/








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bagi memunaikan janji dalam entri 18 (boleh klik di sini), Achik Niza akan ceritakan serba sedikit tentang keputusan ynag dibuat untuk memilih sulaman dan jahitan sebagai fokus. "Rasional dan Waras" menjadi  senjata yang digunakan ketika nafsu mengganggu dalam membuat sesuatu keputusan.

           Alhamdulillah, berkat doa ibu, saudara mara dan kawan-kawan, dengan izin Allah, permohonan bersara awal Achik Niza telah diluluskan pada 1.6.17. Syukur sangat kerana impian telah tercapai. Satu senarai panjang aktiviti  yang sudah sekian lama tertangguh telah pun siap. Hmmm...1001 aktiviti hendak dibuat. Kepala ligat berpusing dengan pelbagai perancangan.

          Kebetulan masa itu ialah bulan Ramadhan. Jadi, peluang yang ada ialah bisnes biskut raya. Dengan semangat berkobar-kobar Achik membuka tempahan tart nenas gulung dan biskut sarang semut. Tempahan amat menggalakkan. Alhamdulillah. Dapur sudah penuh dengan bahan bakeri serta balang kuih. Meriah sungguh dapur pada masa itu.

       Dengan bantuan anak Achik Niza yang baru habis SPM, kami berjaya siapkan tempahan dan pendapatan agak lumayan. Alhamdulillah. Kemudian, roti dan kek juga menjadi produk jualan selain daripada sulaman. Semua benda nak dibuat dalam masa yang sama termasuklah kelas jahitan.

          Semasa dalam proses membuat biskut, kek dan roti, ada beberapa masalah timbul . Antaranya ialah saiz oven yang melambatkan produktiviti, peti ais yang tiada banyak ruang lagi untuk menyimpan bahan bakeri tertentu, kekurangan ruang kerja untuk meletakkan biskut yang disejukkan diatas redai sebelum dimasukkan ke dalam balang,  ruang makan menjadi agak sesak dengan produk serta beberapa masalah kecil lain. Masalah tersebut boleh diatasi dengan membeli oven yang lebih besar, membeli chiller baru, membeli meja kerja baru dan membeli macam-macam lagi yang memerlukan pengeluaran modal. 

          Pada masa yang sama tempahan sulaman juga banyak. Jadi pilihan harus dibuat dengan bijak. Bagi sulaman, tiada modal besar perlu dikeluarkan kerana mesin-mesin telah dibeli secara berperingkat. Hanya perlu membeli benang dan kain yang jauh lebih murah daripada harga sebuah oven yang besar.

          Tambahan pula, bahan-bahan sulaman tarikh luputnya sangat lambat dan tidak cerewet untuk disimpan. Akhirnya setelah berbincang dengan keluarga. Achik Niza telah memilih sulaman sebagai fokus utama. Bakeri hanya sebagai hobi dan sekali sekali memenuhi permintaan orang-orang yang rapat sahaja.

          Sekian sahaja coretan kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga nokhtah terakhir. Semoga entri kali ini mendatangkan sedikit manfaat kepada para pembaca.


Sekian. 

Wassallam
~Achik Niza~



          








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...