Saturday 11 November 2017

Sulaman Vest

Entri 26

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Aniza ismail
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Semoga tidak jemu untuk terus berkunjung ke sini.

          Achik Niza juga menerima tempahan sulaman pada vest, blazer, t-shirt dan tuala. Gambar dalam entri kali ini adalah tempahan sulaman vest daripada SMK Jalan Tasek, Ipoh.Vest hitam ini adalah khas untuk pelajar yang bertugas sebagai jurugambar sekolah.





          Kelebaran vest agak kecil daripada pemidang. Saiz pemidang yang digunakan ialah 100 mm x 100 mm iaialtu lebih kurang 4 inci x 4 inci. Oleh kerana kain vest ini adalah stabil, jadi Achik Niza tidak menggunakan kaedah "in the hoop" Hanya dengan menggunakan kaedah biasa sahaja. Alhamdulillah, sulaman nama berjaya dibuat tanpa masalah. Semuanya dengan izin Allah jua.

          Namin begitu, pada bahagian bawah vest, masih dilapik dengan pelapik penstabil  tetapi Achik Niza gunakan pelapik penstabil  yang nipis sahaja.

         Dalam entri yang lain, Achik Niza nak berkongsi tentang sulaman pada tuala pula. Semoga tedapat sedikit ilmu yang bermanfaat dalam perkongsian hari ini.



Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...