Saturday 11 November 2017

Tips Memilih Mesin Sulaman Berkomputer

Entri 21

Teks ;:Aniza Ismail
Foto : Google
email : pnanizaismail@gmail.com
fb : https://www.facebook.com/aniza.ismail
fb Page :  AriessaEmbroideryCraft

Sumber: Google
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


          Bersua kembali pada kali ini. Sebelum ini ada beberapa orang pernah bertanyakan pendapat Achik Niza tentang pemilihan mesin sulam berkomputer. Achik Niza bukanlah pakar mesin sulam atau anak kepada pakar mesin sulam. Achik Niza hanya boleh bagi pendapat berdasarkan pengalaman sendiri, pengalaman kawan-kawan serta pembacaan.


          Ada banyak aspek yang perlu diambilkira sebelum membuat keputusan. Pertama sekali, mestilah mempunyai budget yang cukup. Pembelian boleh secara dilakukan secara tunai atau melalui pinjaman. Terdapat juga sumber bantuan seperti TEKUN dan Amanah Ikhtiar.


          Kedua, pemilihan jenama. Terdapat banyak jenama mesin sulam seperti Singer, Juki, Brother, Janome, Tajima, SWF dan lain-lain lagi. Achik Niza sendiri mempunyai mesin jenama Janome dan Brother.


          Seterusnya, kelajuan jahitan per minit yang maksimum juga harus diambilkira. Terdapat mesin sulam yang boleh menjahit 400 mata jahitan seminit dan ada yang boleh menjahit sehingga 1000 mata jahitan seminit.

        Faktor keempat ialah fungsi mesin. ada mesin sulam yang  100% berfungsi sebagai mesin sulam atau mesin yang mempunyai dua fungsi iaitu sulaman dan jahit biasa. Terpulang kepada kehendak diri sendiri dan keperluan masing-masing

          Saiz hoop juga harus diambilkira. Ada mesin sulam yang maksimum saiz hoop ialah 100mm x 100mm. Biasanya mesin yang lebih mahal mempunyai saiz hoop yang lebih besar.

          Kebolehan mesin sulam untuk memotong benang setiap kali berhenti menyulam juga perlu dilihat. terdapat mein sulam yang tidak dapat "membaca" arahan sulaman menyebabkan benang tidak dipotong. Jaidi, proses pemotongan benag perlu dibuat secara manual. Model mesin sulam Brother V3 dan ke atas boleh membuat pemotongan benang dan hasil sulaman menajdi lebih kemas.

        Ciri lain ialah skrin samada hitam putih atau berwarna. Mesin Janome mc11000 sering menjadi pilihan Achik Niza berbanding dengan Brother nv1500 kerana skrin mesin sulam Janome adalah berwarna. Hati dan mata lebih senang bekerja dengan skrin berwarna berbanding dengan skrin hitam putih.
Sumber: Google

          Faktor terakhir ialah "port usb" atau hanya slot memori kad sahaja yang ada pada mesin. Jika ada "port usb" lebih senang untuk memindakan fail sulaman kepada mesin sulam.

      Setakat itu sahaja yang mampu Achik Niza kongsikan. Semoga perkongsian ini memberi pencerahan kepada para pembaca yang sedang membuat pertimbangan untuk membeli mesin sulam.

          Semoga kita berjumpa lagi dalam entri seterusnya.


Sekian.

Wassallam
~Achik Niza~
www.wasap.my/60124626509

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...